PRN Johor: Perang Badar pencetus semangat juang Wanita PN

February 12, 2022 · Politik

Sayap Wanita Perikatan Nasional (PN) akan menjadikan peristiwa Perang Badar sebagai pencetus semangat perjuangan, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketuanya Datuk Seri Rina Harun berkata perjuangan Wanita PN yang terdiri daripada tiga komponen utama Bersatu, PAS dan Gerakan dalam tempoh 30 hari akan datang, cukup getir untuk menghadiah kemenangan buat PN.

Oleh itu, jentera Wanita PN wajar membiarkan saja sesiapa yang mencebik kerana wanita PN mempunyai iltizam yang kuat, katanya pada Pelancaran Jentera Wanita PN Negeri Johor, malam tadi. Pelancaran disempurnakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jentera PRN Johor bagi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan dua Timbalan Ketua Wanita PN, Senator Nuridah Mohd Salleh serta Janice Wong Oi Foon.

“Saya rasa amat teruja melihat lebih 800 jentera wanita PN daripada Srikandi, Muslimat PAS dan Wanita Perikatan hadir memenuhi dewan dan sudah siap siaga berjuang untuk menghadapi PRN Johor tidak lama lagi.

“Sebenarnya persiapan kami menghadapi PRN dengan mendekati dan berkhidmat bakti kepada masyarakat sudah lama dilakukan bukan menjelang PRN sahaja,” katanya.

Ketua Srikandi Bersatu itu berkata:

“Jentera wanita PN perlu mengambil roh dan semangat perang Badar dalam berdepan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih ramai dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

“Walaupun bilangan jentera Wanita PN dijangka jauh lebih kecil berbanding jentera Wanita BN, itu bukan ukuran atau penghalang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PN.

“Jadikan peristiwa Perang Badar pada zaman Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman. Seramai 313 tentera Islam menewaskan tentera musuh yang jauh lebih ramai.”

Memetik BH, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, semua jentera wanita daripada tiga parti komponen PN perlu bersatu hati dan bergerak seiring sebagai satu pasukan.

Beliau berkata, wanita PN perlu membuang imej lemah, sebaliknya bersedia menunjukkan semangat juang tinggi dan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan waktu.

“Wanita PN kena bagi tahu suami, anak dan keluarga tempoh sebulan ini, mahu fokus kepada membantu kemenangan buat parti,” katanya.

Sebahagian anggota sayap Wanita Perikatan Nasional yang hadir pada pelancaran Jentera Wanita PN Negeri Johor, malam tadi.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
7 minit lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
22 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok