PRN Johor penentu kestabilan politik, jika UMNO menang PRU pula akan disegerakan?

February 26, 2022 · Politik

Hari ini gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mula dibuka dan semua parti politik akan meletak calon-calon masing untuk bertanding di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat seluruh negeri Selatan tanahair tersebut.

Paling menarik perhatian PRN kali ini, ia bakal menampilkan paling banyak parti baharu yang membuat penampilan sulung mereka selepas ditubuhkan. Tetapi adakah parti baharu ini akan dapat memberi saingan sengit kepada UMNO yang begitu yakin akan menang besar di Johor?

Lebih daripada tiga parti baharu sudah mengesahkan untuk bertanding di Johor, antaranya Parti Warisan, MUDA, Pejuang dan beberapa parti kecil yang lain.

Ketika parti pembangkang berpecah teruk kerana kegagalan bersatu dibawah satu khemah besar, di atas kertas UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat lebih berkelebihan berbanding lawan mereka yang sudah berpecah kepada beberapa kumpulan.

Sebenarnya, formula paling mujarab jika mahu menewaskan UMNO dan BN adalah dengan mewujudkan pertembungan satu lawan satu, bagaimanapun ia dilihat sudah terlambat dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor kepada perpecahan dikalangan parti pembangkang.

Daripada satu sudut, kebanyakkan parti politik baharu ini mahu menjadikan PRN Johor sebagai medan untuk menguji kekuatan masing-masing, walhal majoritinya tidak mempunyai kekuatan akar umbi seperti dimiliki UMNO yang diketahui umum mempunyai penyokong totok mereka.

Lawan UMNO yang mempunyai kekuatan diperingkat akar umbi hampir sama dengan mereka mungkin hanya PAS, oleh sebab itu UMNO lebih mahu bekerjasama dengan parti Islam tersebut berbanding dengan Bersatu dan parti-parti lain yang dianggap tidak akan memberikan mereka manfaat.

Jadi, umum mengetahui mengapa UMNO sebenarnya perlu bergantungan kepada PAS tetapi sebaliknya yang berlaku apabila Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan untuk setia bersama dengan Bersatu dibawah gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bagi PAS, perpaduan dan kepentingan orang Melayu-Islam perlu dipelihara, sebarang perpecahan hanya akan merugikan kaum Bumiputera tersebut dan perkara sama dipersetujui Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, asas pembentukan kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan daripada pentadbiran 22 bulan lalu juga adalah demi perpaduan ummah yang menyaksikan tiga parti besar orang Melayu bergabung bagi membentuk kerajaan yang dikenali Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, kerajaan yang dibentuk selepas itu juga dijatuhkan akibat ketamakan kumpulan Kluster Mahkamah dan itu adalah fakta yang tidak boleh dipadamkan sejarahnya.

PAS dan Bersatu sebenarnya ditipu hidup-hidup dan masuk ke dalam perangkap UMNO yang kononnya memberi alasan sebelum itu mahu menyatukan orang Melayu-Islam, tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat lain yang lebih jahat iaitu menyelamatkan pemimpin mereka yang bakal berdepan hukuman penjara.

Lebih malang lagi, tindakan kumpulan Kluster Mahkamah tersebut juga dipersetujui oleh Presiden PKR, Anwar yang bersekongkol dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama 15 Ahli Parlimen yang lain.

Hasilnya, kerajaan Muhyiddin yang dibentuk 17 bulan juga jatuh dan menyebabkan UMNO kembali menjadi dominan di Putrajaya.

Insan paling malang dan kini dihina oleh rakyat adalah Anwar kerana tindakannya bersekongkol dengan Zahid dan kumpulan Kluster Mahkamah yang menjadi punca UMNO kembali berkuasa.

Akibat terlalu mengejar cita-cita peribadi, Anwar akhirnya ditipu oleh anak muridnya sendiri dan sehingga hari ini rakyat boleh menilai sendiri peribadinya yang sebenar.

Ketamakkan dan mudah percaya dengan janji palsu Zahid dan UMNO menyebabkan Anwar gagal menjadi Perdana Menteri (PM), jawatan yang diidamkannya sejak 1998 sebelum disingkirkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua ini berlaku pada ketika negara sedang berdepan cabaran krisis kesihatan yang paling buruk dalam sejarah dunia, tetapi ia tidak dihiraukan demi menyelamatkan segelintir mereka yang terpalit dengan kes rasuah dan jenayah.

Yang menjadi mangsanya adalah rakyat yang dipermainkan oleh pemimpin politik yang rakus kuasa.

Namun, mujurlah Muhyiddin tidak setamak dan rakus pemimpin UMNO, malah Parlimen tidak dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan tetapi melepaskan jawatannya secara sukarela bagi memberi laluan seorang PM yang baharu dilantik.

Ia walaupun sebenarnya Muhyiddin mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan menjalankan PRU mengikut lunas Perlembagaan negara.

Malangnya, contoh tauladan baik yang ditunjukkan Muhyiddin tersebut tidak diikuti UMNO dalam krisis politik di Melaka dan kini di Johor, apabila kedua-dua Menteri Besar daripada UMNO bertindak membubarkan DUN untuk membiarkan PRN diadakan.

Selepas krisis politik di kerajaan pusat, kini kemelut politik meleret ke setiap negeri khususnya yang diketuai oleh UMNO. Di negeri-negeri lain yang tidak diperintah UMNO, keadaan seperti di Melaka dan Johor tidak berlaku.

Kini, terbaharu selepas Johor, ura-ura mengatakan berkemungkinan satu lagi PRN di Perak juga akan berlaku kerana ia juga dipimpin oleh MB dari UMNO.

Bukan itu sahaja, khabar angin terbaharu juga mengatakan tidak mustahil PRU juga akan diadakan selepas PRN Johor sekiranya UMNO berjaya memenangi dengan bergaya seperti di Melaka tempoh hari.

Mengambil kira senario sejak kerajaan PN ditumbangkan oleh Anwar bersama Kluster Mahkamah UMNO, keadaan politik negara tidak pernah stabil apabila satu persatu PRN diadakan sehingga menyusahkan rakyat yang baharu sahaja hendak pulih daripada pandemik Covid-19 dan mahu hidup secara normal semula.

Jadi, dimanakah hujah yang mengatakan kestabilan politik negara terjamin jika UMNO berkuasa walhal contoh terbaik sudah ada di depan mata.

Oleh sedemikian, PRN Johor adalah penentu kepada kestabilan politik negara selepas ini, rakyat boleh terus menyokong dan mengundi UMNO pada PRN Johor tetapi jangan menyesal di kemudiaan hari apabila terpaksa berdepan lebih banyak pilihan raya lagi selepas ini.

Dengan mengundi UMNO pada PRN Johor bukan bermakna negara akan lebih stabil, tetapi yang lebih stabil dan kuat sebenarnya adalah Kluster Mahkamah yang akan berterusan merancang untuk melepaskan diri masing-masing daripada jenayah yang mereka lakukan.

Berita berkaitan
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
25 minit lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
5 jam lalu· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
18 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
9 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
21 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
23 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
23 jam lalu · Politik
Ahli DAP setuju pindaan antilompat parti dalam perlembagaan
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok