PRN Johor ‘penentu hidup mati’ bagi PH: Syed Ibrahim

February 17, 2022 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diibaratkan ‘penentu survival’ bagi Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mendapatkan semula mandat rakyat negeri berkenaan.

Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata PRN itu menandakan ‘medan pertempuran’ kepada setiap parti komponennya iaitu PKR, DAP dan Amanah dalam persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum seterusnya nanti.

“Maka, setiap jentera pilihan raya perlu bekerja keras dan ketepikan perbezaan. Keputusan (jumlah) kerusi (Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibuat, jadi sama-sama bermuafakat untuk bantu calon masing-masing menang,” katanya menurut laporan Bernama malam tadi.

Syed Ibrahim diwawancara semasa menjadi panel Forum: Jalan Terus anjuran Angkatan Muda Keadilan secara maya yang disiarkan menerusi Facebook, malam tadi.

Berhubung keputusan PH dalam pembahagian kerusi DUN ditandingi pada PRN Johor, Ahli Parlimen Ledang itu berkata perkara itu telah selesai dan mencapai kesepakatan antara parti komponen termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

“Kita sudah rumuskan mengenai rundingan kerusi iaitu 20 ditandingi PKR, DAP (14), Amanah (16) dan MUDA (enam). Ini semua telah diputuskan dan tiada pertikaian berkenaan kerusi tersebut, amat jelas ianya dirunding lebih awal,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh 12 Mac ini sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok