PRN Johor medan ajar pemimpin sombong, bongkak, kata PAS

February 18, 2022 · Politik

PAS menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah medan terbaik kepada pengundi negeri itu untuk ‘mengajar’ pemimpin parti tertentu yang sombong dan bongkak.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin menegaskan apa yang ditonjolkan pemimpin parti terbabit adalah gambaran sikap tidak baik dalam memimpin negara, sekali gus menggambarkan sesuatu yang tidak baik yang boleh berlaku pada masa akan datang.

“Sebagaimana disebutkan saudara pengacara majlis tadi bahawa sesuatu yang berlaku ini menjadi iktibar kepada kita.

“Tidak sepatutnya seseorang itu atau sesuatu golongan itu merasa sombong dan bongkak apabila dia merasakan ada kekuatan dan melupakan kawan-kawan. Bukan sahaja melupakan tetapi bahkan menghina kawan dan seumpamanya.

“Untuk memastikan masa depan negara kita maka kita mestilah berani membuat perubahan dan dengan izin Allah SWT dengan penyatuan dan gabungan di antara Bersatu, PAS dan Gerakan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Ia satu peluang membuat yang baik kepada kita, maka kita mestilah berani membuat keputusan membuat perubahan dan dengan izin Allah SWT,” katanya pada pelancaran jentera PN Bahagian Mersing, di Felda Tenggaroh 3, malam tadi.

Abdullah mengingatkan seluruh ahli PAS termasuk jentera pilihan raya supaya bersama-sama berusaha membuktikan kekuatan serta kesungguhan untuk mencapai kemenangan dalam PRN Johor nanti.

“Maka apabila kamu berazam maka hendaklah kamu berserah kepada Allah setelah kita berusaha semaksimum mungkin kita berserah kepada Allah.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya, jadi saya mewakili rakan-rakan pimpinan PAS di semua peringkat menyatakan kita akan memberikan iltizam komitmen yang sebaik mungkin dalam PRN yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, pemerhati politik melihat bahawa PRN Johor ini yang akan berlangsung tidak lama lagi menjadi satu kayu ukur untuk pilihan raya umum akan datang.

“PRN Melaka belum lagi menjadi kayu ukur, negeri Johor kelak membabitkan pengundi muda, automatik, yang lebih besar dengan jumlah kerusi yang banyak 56 kerusi di DUN dan kepelbagaian perkara dan suasana isu semasa inilah menjadi ukuran kepada PRU yang ke-15,” katanya.

Berita berkaitan
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
6 jam lalu· Politik
UMNO Selangor tunggu keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan PAS
September 24, 2022· Politik
Sekarang bukan masa sesuai adakan PRU-15, fokus banjir: Muhyiddin
September 24, 2022· Politik
PAS serah kepada PM isytihar tarikh PRU-15: Tuan Ibrahim
September 24, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
1 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
10 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
19 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
22 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok