PRN Johor: Bukankah Kluster Mahkamah akan tanda tangan watikah calon BN?

February 14, 2022 · Politik

Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat terdesak apabila cuba mengasingkan kluster mahkamah daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, serta mengatakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketandusan kecerdasan.

Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen turut membidas kenyataan Khaled sambil mempersoalkan kluster mahkamah yang menandatangani watikah calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kenyataan beliau dibuat susulan ulasan Khaled yang menjelaskan, kononnya golongan kluster mahkamah yang disebut Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada kaitan langsung dan tidak wajar dikaitkan dengan PRN Johor serta masa depan rakyat Johor.

“Bekas Menteri Besar Johor itu begitu terdesak menggelar Muhyiddin sebagai ‘ketandusan kecerdasan’. Mengapakah Mohamed Khaled cuba mengasingkan kluster mahkamah termasuk Presiden UMNO, Pengerusi BN dengan UMNO, BN yang akan menyertai PRN Johor?

“Bukankah yang akan menandatangani surat watikah dan berkuasa mutlak memuktamadkan calon-calon BN di PRN Johor adalah Pengerusi BN yang merupakan kluster mahkamah?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khaled sebelum ini berkata Muhyiddin ketandusan idea apabila mengaitkan pemimpin UMNO dengan “kluster mahkamah” pada PRN Johor.

Katanya, tiada seorang pun yang digelar kluster mahkamah itu akan bertanding pada PRN Johor atau mempunyai kaitan dengan pentadbiran negeri itu.

Menguls lanjut, Mohd Rafiq turut mempersoalkan, adakah kemenangan BN di Johor juga akan memberi momentum dan menjadi kemegahan kepada Pengerusi BN, yang juga kluster mahkamah bahawa beliau masih relevan untuk memimpin BN menentukan hala tuju politik negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Slogan kestabilan yang dicanang tidak bermakna apabila kestabilan politik yang diuar-uarkan kononnya semata-mata demi rakyat disalahgunakan demi kepentingan politik peribadi dan parti BN, UMNO.

“Kasihan rakyat Malaysia dan bangsa Johor yang tidak henti-henti diheret ke percaturan politik kluster mahkamah dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan kluster mahkamah seperti Khaled, yang rakus mencatur arena politik negara,” kata Mohd Rafiq.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
4 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
8 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
12 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
14 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
16 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok