PRN Johor: Apa anak muda mahu?

February 28, 2022 · Politik

Oleh Nor Baizura Basri

Dalam satu sesi sembang pagi anak muda bersama sebuah parti politik di sini baru-baru ini, seorang mahasiswi bangun melontarkan soalan “panas” sebagai pembuka bicara.

Mahu dikenali sebagai “Bella”, beliau mahu tahu apakah langkah yang dibuat oleh parti berkenaan bagi membasmi isu politik wang dan rasuah yang sudah berdekad lamanya membelenggu arena politik negara secara amnya?

Memetik artikel disiarkan Bernama, biarpun nadanya didengari seperti berhati-hati dan bimbang, Bella bangun dengan penuh yakin diri, lantang melontarkan persoalan yang selama ini bukan sahaja bermain di mindanya tapi ramai lagi, tetapi tidak seberani anak muda ini dalam mencari jawapan.

Artikel ini bukan mengenai kisah Bella, tetapi berhubung bagaimana rasuah serta beberapa isu yang disuarakan sebilangan besar orang muda dan mereka mahu perkara seumpamanya ditangani, lebih-lebih lagi dengan sebilangan besar mereka kini pengundi baharu di negeri ini susulan pelaksanaan pendaftaran automatik dan Undi18.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan, Mujibu Abd Muis berkata mana-mana parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semestinya menyedari betapa pentingnya memahami sentimen anak muda bagi meraih undi golongan berkenaan.

Beliau berpendapat parti-parti politik yang terlibat perlu mempunyai naratif yang dekat dengan orang muda, sekali gus menarik hati golongan itu untuk keluar mengundi.

Selain itu, Mujibu berkata parti-parti politik turut menghadapi cabaran bila berhadapan dengan persepsi orang muda terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas politik, lalu sebarang keputusan politik golongan itu bergantung kepada persepsi mereka mengenai sesuatu isu.

“Saya melihat dua perkara inilah (yang dilihat akan mempengaruhi sentimen pengundi muda) iaitu penawaran atau naratif yang dekat di hati orang muda seperti pendidikan, pekerjaan, penciptaan ekonomi baharu, akses internet, akses kepada maklumat.

“Dan kedua, pengawalan persepsi…yang paling penting untuk orang muda. Mungkin ada yang tidak berpengalaman kerana tidak terlibat dalam politik kepartian, jadi tidak faham mengenai kesetiaan tetapi keputusan mereka bergantung kepada persepsi…bagaimana isu-isu semasa dimainkan di media sosial, dipopularkan, ditularkan dan bagaimana kerajaan mengatasinya,” katanya kepada Bernama.

Ditanya sama ada mana-mana parti yang menguasai media sosial sepenuhnya mampu mengawal naratif dan persepsi golongan muda ini, Mujibu berkata kempen tradisional masih dianggap terbaik dalam menarik pengundi bagi kempen pilihan raya.

Beliau berkata cabaran terhebat apabila berkempen melalui media sosial ialah medium berkenaan dilihat terbuka, jadi apa sahaja yang disiarkan bukan tertakluk kepada pengundi tertentu sahaja malah kepada semua yang mempunyai akses kepada media sosial.

“Selain itu, komunikasi bukan lisan dalam politik ini penting… bahasa badan, retorika, ia tidak boleh sampai kalau guna media sosial. Dalam pilihan raya, jentera memainkan peranan penting. Ketika PRN Melaka, jentera tidak begitu efektif. Apapun, kempen perlu sentuhan peribadi… pengundi mahu merasai sendiri daripada calon,” katanya.

PRN Johor pada 12 Mac akan menyaksikan negeri Harimau Selatan pertama kali merasai kesan pelaksanaan pendaftaran automatik dan Undi18, menyaksikan pertambahan pengundi baharu di negeri ini kepada seramai 749,731 pengundi.

Mengikut daftar pemilih induk PRN Johor yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 21 Januari tahun ini, pengundi berusia 18 hingga 39 tahun meliputi 50.12 peratus daripada jumlah pengundi di Johor iaitu 2,597,742 orang.

Daripada 50.12 peratus itu, seramai 173,177 pengundi atau 6.67 peratus mewakili mereka berusia 18 hingga 20 tahun manakala 21.86 peratus atau 567,768 orang merupakan individu yang berusia 21 hingga 29 tahun.

Bagi PRN Johor, daripada sejumlah 239 calon parti politik yang bertanding, lapan orang mewakili kategori usia 21 hingga 29 tahun manakala 52 calon berusia 30 sehingga 39 tahun.

Sementara itu, penganalisis pilihan raya Dr G Manimaran berkata terdapat segelintir pengundi baharu bersifat skeptikal dan berhati-hati dalam membuat keputusan pada PRN kali ini, susulan kekecewaan terhadap perkembangan politik sejak 2018, ditambah dengan kebimbangan masih menebal kesan pandemik COVID-19.

“Boleh jadi ada dua kemungkinan. Satu, (ada kecenderungan) bagi pengundi baharu memilih parti yang bukan memerintah. (Bagaimanapun), yang kedua, ia bergantung bagaimana parti memerintah dan parti berlawanan menawarkan janji-janji yang boleh memikat pengundi baharu.

“Justeru, perlu ada strategi berimpak tinggi untuk menarik semua golongan masyarakat keluar mengundi. Perlu ada penyertaan aktif menyeluruh setiap pengundi. Kesemua pemegang taruh perlu memainkan peranan dalam hal ini,” kata Manimaran yang juga bekas Ahli Tetap Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).

Menjelaskan PRN Johor adalah satu kajian kes yang menarik, beliau berkata pengundi baharu pada PRN itu akan mencerminkan hala tuju politik, kerajaan baharu serta harapan baharu yang diinginkan khususnya generasi muda.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Pengundi muda perlu celik tanggungjawab mengundi, PRN penentu hala tuju negara
August 8, 2023· Politik
Pertahan guna helikopter kerajaan, peguam bidas PMX angkuh
August 7, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
9 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
9 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
9 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok