PRN enam negeri: PH, UMNO cuba bunuh persepsi cemerlang PN

January 22, 2023 · Politik

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO didakwa sedang berusaha untuk membunuh persepsi baik Perikatan Nasional (PN) sebagai sebahagian strategi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, PN mempunyai persepsi yang baik dalam kalangan majoriti rakyat negara ini khususnya orang Melayu dan golongan muda berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.

Katanya, PN sudah terbukti mempunyai kepemimpinan yang berintegriti dan boleh membentuk kerajaan yang baik.

“Hakikatnya majoriti rakyat mahu bersama dengan kita (PN) seperti mereka tunjukkan dalam PRU15 dan sebagai strategi untuk melemahkan PN, maka persepsi ini perlu dibunuh dalam menghadapi PRN di enam buah negeri.

“Sebab itu hari-hari cerita yang sama, untuk menunjukkan PN tidak baik. Itu strategi yang sedang mereka gunakan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Gelombang Rakyat Bersama PN di Kampung Tengah, Seri Menanti, di Kuala Pilah.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Sith dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, PN akan menyusun strategi dalam usaha mencapai kemenangan pada PRN yang perlu diadakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Katanya, kemenangan PN dalam PRN nanti adalah penting untuk generasi akan datang.

“Apa yang kita buat hari ini bukan untuk kita tetapi untuk masa depan generasi pewaris negara.

“Oleh itu, momentum baik yang dicapai pada PRU-15 lalu perlu diteruskan pada PRN nanti,” katanya.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
5 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
5 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
10 jam lalu· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
3 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
10 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
15 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
15 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
12 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok