PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin

June 6, 2023 · Politik

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan tentang kerjasama pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurutnya, pertemuan itu juga bagi membincangkan soal kemungkinan pihaknya bertanding bersama PN pada PRN ini.

“Muhyiddin hari ini tidak dapat hadir tetapi beliau memberi sokong penuh terhadap Proklamasi Orang Melayu malah beliau turut menghantar wakil.

“Kita juga akan mengadakan pertemuan pada satu masa nanti. Kita akan berbincang, mengenai kemungkinan untuk (pihaknya) bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN), jika itu adalah kehendak semua,” katanya selepas Mesyuarat Tertutup Rundingan Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

Namun Dr Mahathir memaklumkan beliau tidak akan bertanding kerana sudah berusia.

“Saya sudah tua, sudah nyanyuk, tetapi saya tidak faham, orang Jepun, orang Korea panggil saya tetapi di sini (Malaysia) orang suruh bersara,” katanya.

Antara pemimpin yang menyokong proklamasi tersebut termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Menyentuh soal gerakan proklamasi itu, bekas ahli Parlimen Langkawi itu berkata ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang membelenggu orang Melayu.

“Kita mahu mereka sedar mengenai kedudukan mereka yang lemah dan semakin menjadi lemah. Ekonomi negara kini dikuasai orang bukan Melayu malah ketika ini juga kuasa politik mereka juga sudah terjejas.

“Oleh itu, kita berpandangan bahawa untuk menyelamatkan orang Melayu, satu gerakan mesti diadakan merangkumi semua pihak dan ia akan menumpukan penyelesaian masalah ini,” katanya.

Namun beliau menegaskan Proklamasi Orang Melayu bukan untuk menolak hak bukan Melayu atau cuba menghapuskan orang Cina.

“Jangan anggap gerakan ini sebagai anti bukan Melayu kerana apa yang kita lakukan, kita tahu hak bukan Melayu. Mereka akan terus berniaga dan mencapai kekayaan.

“Tetapi kita juga mahukan keadilan dalam pengagihan kekayaan. Adil bukan sama rata kerana kita tidak boleh mendapat kekayaan yang sama rata kerana kekayaan orang Cina sudah begitu jauh,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok