PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor

March 26, 2023 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa rakyat negeri itu, termasuk orang Melayu, masih menyokong gabungan DAP, PKR dan AMANAH, sekali gus memberi keyakinan parti itu untuk terus kekal mentadbir.

Beliau mendakwa dapatan itu diperoleh sepanjang tinjauannya terhadap pandangan rakyat dalam pelbagai program rasmi dan tidak rasmi peringkat negeri.

“Malah, kajian yang dibuat Dr Ong Kian Meng (Bendahari DAP Selangor) mendapati undi bukan Melayu ke atas PH agak tinggi (pada PRU-15) lalu.

“Selain itu, undi orang Melayu juga tinggi untuk kita. Kalau tidak, tak kan kita menang di Parlimen Gombak dan Ampang pada November lalu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2023, di Klang, hari ini (26 Mac 2023).

Laporan sebelum ini menyebut daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, 37 kerusi mempunyai lebih 55 peratus jumlah pengundi Melayu.

Bagaimanapun, untuk rekod, pada PRU-15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang di kerusi yang sebelum ini dikuasai PH dan rakan baharu mereka Barisan Nasional (BN) iaitu di Parlimen Sabak Bernam; Sungai Besar; Hulu Selangor; Tanjong Karang; dan Kuala Langat.

Parlimen Kapar yang dipegang orang kuat PKR yang rapat dengan Anwar Ibrahim, Abdullah Sani, selama tiga penggal juga turut terlepas kepada calon PN, Dr Halimah Ali.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa PN memperoleh antara 65 peratus dan 90 peratus pengundi baharu yang ditambah ke dalam daftar pemilih berikutan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun.

Di Kapar, yang menjadi kubu kuat PH sebelum ini, menyaksikan PN menang sekitar 67.5 peratus atau 34,400 daripada kira-kira 52,000 pengundi baharu.

PH hanya berjaya menambah kira-kira 5,300 pengundi baharu, manakala BN memperoleh kira-kira 8,700.

Di Kuala Langat, calon PN daripada PAS memperoleh 52,867 undi, berbanding 18,700 yang diperoleh parti Islam itu pada PRU-14.

Sebaliknya, PH hanya berjaya meningkatkan undi sebanyak 7,800 walaupun hakikatnya terdapat lebih 35,800 pengundi baharu di kawasan itu. Undi BN pula turun kira-kira 7,400.

Sepuluh kerusi DUN dalam enam kawasan Parlimen yang dimenangi PN pada PRU-15, semuanya dengan lebih 70 peratus bilangan pengundi Melayu.

Terdapat juga 12 kerusi DUN lain di seluruh Selangor di mana Melayu Islam merangkumi lebih 70 peratus pengundi. Kerusi ini adalah di kawasan Parlimen Selayang; Gombak; Hulu Langat; Bangi; Shah Alam; Kota Raja; dan Sepang.

Di lapan kerusi DUN lain, pengundi Melayu Islam membentuk lebih 60 peratus daripada pengundi.

DUN Permatang; Taman Templer; Lembah Jaya; Pandan Indah; Dusun Tua; Seri Serdang; Meru; dan Kota Damansara adalah kerusi yang pernah ditandingi PAS, sebelum ini.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu· Politik
Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
May 28, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
38 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok