PRK Pekan diadakan semula jika BN menang, Najib pula diampunkan

October 25, 2022 · Politik

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pekan akan diadakan semula dalam tempoh tertentu, sekiranya Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dan kemudian Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan diraja.

Ini bermakna Ahli Parlimen Pekan daripada BN, mesti mengembalikan kerusi itu kepada Najib apabila keadaan mengizinkan.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly seperti dilaporkan The Star, hari ini (25 Oktober 2022).

“Kerusi ini memerlukan ahli Parlimen yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Negara masih memerlukan dia (Najib).

“Sekiranya Najib diampunkan, sesiapa yang dipilih menjadi Ahli Parlimen Pekan akan menyerahkan semula kerusi itu kepada Najib (melalui PRK), sebagaimana yang sepatutnya,” kata Zamri.

Najib – Perdana Menteri pertama Malaysia yang bergelar banduan – kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Dia disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat pelaburan kerajaan, SRC International Sdn Bhd, tetapi memohon untuk semakan serta memohon pengampunan diraja.

Perlembagaan Persekutuan melarang mereka yang telah disabitkan dengan hukuman penjara lebih setahun dan denda lebih RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan percuma daripada menjadi wakil rakyat.

Najib juga didenda RM210 juta dan masih dalam perbicaraan atas beberapa pertuduhan berkaitan 1MDB.

Sementara itu, Zamri juga berkata nama anak sulung Najib, Datuk Mohd Nizar tidak disenaraikan sebagai calon kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kurang pengalaman.

Di sebalik spekulasi bahawa Mohd Nizar berkemungkinan besar akan dinamakan sebagai calon Pekan pada PRU-15, 19 November depan bagi menggantikan Najib, Zamri menegaskan tidak ada sebab untuk memberikan Mohd Nizar kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam politik.

“Biar dia ada kerusi DUN dulu. Dia perlu belajar. Jika dia menunjukkan bahawa dia boleh mengendalikan tugas sebagai ADUN, maka kita akan lihat untuk menaikkannya,” katanya.

Nizar adalah anak sulung Najib hasil perkahwinannya dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
28 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok