Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin

August 9, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata komitmen gabungan politik itu terhadap falsafah perjuangan Prihatin Rakyat akan berkekalan.

Katanya PN yang dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, STAR Sabah dan SAPP adalah sebuah gabungan politik nasional yang akan terus memperjuangkan nasib rakyat jelata tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan wilayah serta mentadbir negara dengan penuh berintegriti.

Menurutnya hanya kerajaan yang dibentuk oleh gabungan parti yang terbukti mengutamakan rakyat melalui dasar-dasar yang prihatin terhadap nasib rakyat jelata akan dapat mengemudi negara ke arah masa depan yang lebih stabil, makmur dan sejahtera.

“Parti-parti politik yang hanya mengutamakan kepentingan segelintir individu dan puak tidak akan dapat meletakkan kepentingan rakyat di hadapan segalanya.

“Mereka juga tidak akan berjaya mewujudkan kestabilan politik selagi mana kepentingan individu dan puak tidak dapat penuhi. Malah individu dan puak inilah yang akan terus mengancam kestabilan politik negara selagi mana kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata ada 7 Ogos 2022 maka genaplah dua tahun PN ditubuhkan.

“Tertubuhnya Perikatan Nasional adalah atas semangat untuk membela nasib rakyat ketika negara berdepan dengan krisis politik, kesihatan dan ekonomi yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Alhamdulillah, kerajaan PN yang dibentuk telah memberi keutamaan kepada membela nasib rakyat dengan pelbagai bentuk bantuan demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat yang tersepit akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Menurutnya tonggak utama yang menjadi falsafah dan pasak perjuangan PN ialah Prihatin Rakyat yang dizahirkan dengan pelaksanaan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion dan program vaksinasi yang berjaya menyediakan vaksin kepada hampir 100 peratus populasi dewasa di negara ini.

Walaupun PN berhadapan dengan pelbagai pancaroba politik, Muhyiddin bersyukur kerana dengan sokongan dan dukungan rakyat, PN telah berjaya mengemudi negara keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang meruncing.

“Kini fokus kita ialah untuk memulihkan negara demi kehidupan yang lebih baik untuk seluruh rakyat… Inilah komitmen kami yang paling utama untuk Malaysia.

“Mudah-mudahan dengan berkat sokongan dan mandat rakyat, PN akan dapat merealisasikan komitmen ini menerusi pembentukan sebuah kerajaan Prihatin Rakyat dan Berintegriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
46 minit lalu· Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu· Politik
Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin
September 27, 2022· Politik
Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN
September 27, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
3 minit lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
3 jam lalu · Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
3 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
4 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok