Presiden, timbalan tak ditandingi tapi Zahid kata UMNO demokratik

March 18, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa demokrasi dalam UMNO terus subur dan kukuh apabila ramai calon menawarkan diri bertanding merebut pelbagai kerusi daripada peringkat cawangan hingga ke naib presiden.

Presiden UMNO itu menegaskan situasi ramai ahli mencalonkan diri bagi pemilihan kali ini juga membuktikan demokrasi diraikan dalam UMNO walaupun banyak pihak mendakwa parti berkenaan sedang mengalami zaman kemalapan.

“Pada pengamatan saya, kemeriahan demokrasi sedang berjalan dalam UMNO. Walaupun terdapat pihak yang mendakwa parti ini mengalami kemalapan, ramai mahu menaruh diri (bertanding jawatan).

“Terdapat 95 calon ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), yang akan dipilih 25 orang. Terdapat lapan calon naib presiden, 10 calon timbalan pengerusi tetap dan dua calon pengerusi tetap, kita hanya pilih seorang,” katanya menurut beberapa laporan media.

Beliau berkata demikian kepada media pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk, hari ini (18 Mac 2023).

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Exco Puteri Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) serta tiga kerusi Naib Presiden.

Bagaimanapun, pada 14 Januari lalu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan, sekali gus bermakna Zahid kekal sebagai presiden dan Datuk Seri Mohamad Hasan pula timbalannya.

Keputusan PAU itu turut dipertikaikan beberapa pemimpin kanan UMNO, termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ahli MT, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Ahli PArlimen Sembrong.

Keputusan itu juga mencetuskan kontroversi apabila tular surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini, yang mengatakan usul itu tidak sah.

Tetapi, Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bertanggungjawab ke atas ROS, menggunakan kuasanya untuk membatalkan surat berkenaan.

Sehingga kini, Saifuddin enggan mengulas lanjut berhubung pembatalan surat ROS itu.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok