Presiden Harapan Rakyat nafi tawar ‘imbuhan’ kepada ADUN Kukusan

June 7, 2022 · Politik

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah meminta semua pihak berhenti memfitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal yang kononnya menerima imbuhan untuk menyertai parti tersebut.

Liew berkata Rina yang keluar daripada Parti Warisan (Warisan) dan menyertai Harapan Rakyat tidak menerima sebarang imbuhan daripada mana-mana pihak, lapor Bernama.

“Bagi saya Rina seorang yang berani kerana menyertai parti saya sebuah parti kecil dan diterajui pemimpin Cina, saya telah ingatkan dia (Rina) akan ditohmah dan difitnah nanti,” katanya pada sidang media bersama Rina hari ini.

Menurut Liew, Rina perlu diberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau seorang wakil rakyat yang bekerja dan menjaga dengan baik kawasan Kukusan.

“Beri dia tempoh tiga bulan, jika Rina tidak boleh bekerja, hanya tahu bercakap saja maka dia layak ditegur dan fitnah bahawa dia masuk Harapan Rakyat kerana mahu kaut keuntungan itu betul,” katanya.

Sementara itu, Rina berkata beliau sudah bersedia berdepan tohmahan dan rintangan selepas membuat keputusan untuk beralih kepada sebuah parti tempatan yang kecil, namun bertumpu kepada isu di Tawau.

“Saya sedar saya orang baharu berpolitik dan Warisan adalah perjuangan awal saya tetapi perjuangan itu saya teruskan bersama Harapan Rakyat dan saya memperjuangkan ‘Sabah for Sabahan’,” katanya.

Beliau menjelaskan, penyertaan dalam Harapan Rakyat walaupun ia parti yang kecil dibuat kerana melihat gerak kerja membantu rakyat lebih mudah disebabkan presiden parti itu tinggal di Tawau.

Rina berkata pelbagai program yang dirancang sebelum ini untuk kawasan Kukusan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok