Presiden, bekas presiden dinosaur purba UMNO yang perlu disingkir

March 28, 2021 · Politik

Seorang pemerhati politik berpendapat presiden dan bekas presiden UMNO sekarang ini adalah ‘dinosaur-dinosaur purba’ yang perlu dikorbankan dan disingkirkan dalam tempoh terdekat demi kelangsungan parti bukan individu.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang juga Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEP), Universiti Malaya (UM) berkata, UMNO tidak boleh mengorbankan parti demi pemimpin, tetapi perlu mengorbankan pemimpin untuk parti.

“Perlu dikorbankan dinosaur-dinosaur purba dalam UMNO ini kerana UMNO ini walaupun umurnya panjang, sebelum merdeka, tetapi UMNO ini tidak belajar daripada BERSATU yang membuang Pengerusinya, UMNO ini tidak belajar daripada MIC yang membuang Palanivel sebagai Presidennya.”

“Saya suka untuk melihat dinosaur purba seperti Presiden, mantan Presiden itu tidak ada lagi dalam parti dalam tempoh terdekat. Kalau nak remajakan UMNO, remajakan dengan betul-betul remaja, bukan setakat jenamakan, tukar nama dan akhirnya jiwa itu jiwa purba.”

“Perlu dikorbankan seorang dua pemimpin tertinggi dalam UMNO itu untuk masa depan UMNO itu sendiri. Kita tidak boleh mengorbankan parti demi pemimpin tetapi perlu mengorbankan pemimpin untuk parti,” katanya ketika diwawancara dalam Webinar Pintar 5 oleh seorang lagi penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff.

Tawfik berkata, apabila seorang presiden itu sebenarnya turut digolongkan sebagai ‘Kluster Mahkamah’, atau salah seorang dalam ‘Kluster Mahkamah’, adalah mustahil presiden akan mengambil tindakan terhadap diri presiden sendiri.

“Jadi adakah Majlis Tertinggi berani atau tidak mengambil pendirian untuk menggantung ataupun merehatkan Presiden ini? Sebenarnya bergantung kepada keberanian Majlis Tertinggi dan suara yang akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO,” katanya.

Beliau juga mengingatkan supaya UMNO segera berubah kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang adalah PRU yang akan membenamkan parti itu jika tidak melakukan perubahan dan membentuk dinamik politik baharu yang lebih kuat.

Berita berkaitan
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
20 jam lalu· Politik
UMNO semakin hilang sokongan, ahli baharu kurang dan yang ada pula keluar: Ismail Sabri
20 jam lalu· Politik
Dilabel ‘tong sampah’, Zahidi kini mahu masuk Amanah pula
20 jam lalu· Politik
Utamakan kepentingan rakyat bukan berdendam dengan pembangkang, kata PN
February 4, 2023· Politik
Popular
PDRM bukan ‘polis moral’, kata MP DAP isu wanita pakai seluar pendek
February 5, 2023
‘Kami tak simpan duit parti, jam mewah di rumah, semua di bank’
February 5, 2023
Madani luar tabii kerajaan PH-BN
February 5, 2023
DAP desak UMNO, BN bertindak ke atas MP sokong Muhyiddin jadi PM
February 5, 2023
Lagi Politik terkini
‘Kami tak simpan duit parti, jam mewah di rumah, semua di bank’
10 jam lalu · Politik
Jika SPRM adil, siasat juga akaun parti lain, kata Mursyidul Am PAS
11 jam lalu · Politik
Madani luar tabii kerajaan PH-BN
12 jam lalu · Politik
DAP desak UMNO, BN bertindak ke atas MP sokong Muhyiddin jadi PM
14 jam lalu · Politik
Lulusan undang-undang Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok