Poster tuduh Annuar Musa pengkhianat beredar di PAU

March 28, 2021 · Politik

Ahli UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang disebut-sebut bakal berdepan ‘masalah’ pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang sedang berlangsung sekarang, mula menerima tempias.

Pagi ini, Annuar dikejutkan dengan beredarnya poster yang menuduh beliau sebagai pengkhianat UMNO di PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Poster, risalah atau buku kerap beredar di kalangan perwakilan dan antara isu rutin setiap kali PAU diadakan, khususnya terhadap pengkritik dan penentang parti.

Memuat naik poster itu dalam laman sosial beliau, Annuar menganggap perbuatan mengedar poster itu sudah menjadi budaya fitnah dan perkara biasa di dalam UMNO.

“Pagi ini dikejutkan berita beredarnya poster seperti dalam gambar.. entah kerja siapa.. naratif rekaan siapa. Pasti ini sesuatu yang diizinkan.

“Usul menjadikan UMNO tunggangan PPBM? Siapa nak bawa usul? Bawah agenda mana? Perwakilan mana yang disuruh menyokong?…. Insaflah kita.. Budaya memfitnah ni nampaknya sudah jadi perkara biasa,” tulis beliau.

Poster itu juga dikatakan diletak di hadapan pintu bilik perwakilan yang disewa di Hotel Seri Pasifik bersebelahan PWTC, awal pagi tadi.

Semalam, salah seorang pegawai kanan Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz menjadi mangsa pertama UMNO dalam PAU kali ini apabila digantung keahliannya daripada UMNO.

Pengumuman penggantungan selama enam tahun itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi selepas tamat persidangan tiga sayap parti itu.

Bagi Annuar pula, sumber memberitahu Agenda Daily, dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sesuatu yang besar bakal berlaku dan dijangkakan dua pemimpin berpengaruh dalam UMNO bakal dipecat.

Dua individu yang dikatakan bakal dipecat adalah Annuar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana kelantangan mereka mengkritik Presiden UMNO secara terbuka.

Ayat yang ditulis di atas poster berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan Annuar yang mendakwa jurucakap ketika PAU 2020 sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada Zahid dan hanya akan menuruti arahan serta menyokong keputusan yang sudah dirancang.

Annuar dakwa jurucakap PAU jadi ‘pak turut’ Zahid

Berita berkaitan
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Zahid jangan jadi kacang lupakan kulit, Tun Faisal dedah jasa Annuar pulihkan UMNO
August 4, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok