Poster gergasi: Anwar nak perkenal diri sebab dia orang luar, kata Peja

November 12, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membuat poster gergasi bertujuan memperkenalkan dirinya kepada penduduk kawasan Parlimen Tambun, kerana beliau bukan orang tempatan, kta calon Perikatan Nasional Parlimen itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Lagi pula, Anwar yang juga calon Pakatan Harapan di Tambun, mempunyai banyak wang untuk membuat poster berkenaan, Ahmad Faizal berkata beliau sendiri tidak mempunyai wang yang banyak.

Pengerusi Perikatan Nasional Perak itu berkata, beliau juga teringin untuk berbuat demikian sekiranya mempunyai duit.

“Dia perlu memperkenalkan diri dia. Kalau dia buat poster kecil, orang tak nampak. Jadi kena buat lebih besar dan dengan itu mungkin dapat menarik perhatian orang Tambun.

“Itu kreativiti beliau, saya meraikan usaha-usaha ini. Beginilah kita berkempen di dalam pilihan raya,” katanya kepada media selepas melancarkan Esports Youth Cabin Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas pemasangan beberapa poster ‘gergasi’ Anwar di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan dan berhampiran pintu gerbang Gugusan Manjoi.

Poster di Gugusan Manjoi yang terpampang sosok Presiden PKR itu disifatkan begitu unik dan besar dengan ketinggiannya dikatakan melebihi bangunan dua tingkat.

Mengulas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan posternya malam tadi, Ahmad Faizal berharap kejadian itu tidak akan berulang.

“Kita menghargai demokrasi, kita menghargai kepelbagaian pendapat dan kita menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk memilih.

“Namun kalau kita masih ada sikap seperti tidak faham proses demokrasi, tiada semangat demokrasi dalam pilihan raya ini, tentu ia akan mengundang kepada ketidakstabilan politik kerana apabila kita melakukan sesuatu, tentunya ada reaksi daripada pihak yang lain.

“Kalaulah dalam kalangan penyokong saya pula yang berada dalam berasa marah kerana keadaan itu berlaku, ia tentu akan mengundang masalah lain,” ujarnya.

Penyandang Parlimen Tambun itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok