Portal PKR belum kemaskini status pengisytiharan harta Anwar dan Wan Azizah

November 9, 2022 · Politik

Walaupun memberi jaminan dokumen pengisytiharan harta pasangan utama PKR akan dilengkapkan semalam, namun nampaknya setakat ini ia masih kekal dengan status ‘akan dikemaskini’.

Hasil semakan di portal calon PKR pagi ini, profil calon Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih tidak dimuat naik dokumen pengisytiharan calon seperti yang dibuat oleh semua calon PKR yang lain.

Status ‘akan dikemaskini’ masih kekal pada bahagian dokumen isytihar harta dalam laman portal tersebut.

Terdahulu semalam, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Rodziah Ismail memberi penjelasan kelewatan pengisytiharan kedua-dua pemimpin PKR itu disebabkan kekangan masa tetapi memberi jaminan pengisytiharan itu boleh dilihat dalam portal pemilihan PKR lewat petang semalam.

“Anwar teramat sibuk, kali ini strict sikit. Kali ini saya minta akuan bersumpah.

“Jadi insya-Allah mungkin masa beliau terlalu ketat, maklumat tu semua dah ada dan akuan bersumpah yang perlu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah. Dalam hari ini insya-Allah,” katanya dipetik laporan media.

Dilaporkan semalam kebanyakan daripada 72 calon parlimen PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini sudah melengkapkan pengisytiharan aset mereka.

Untuk rekod, berdasarkan maklumat pengisytiharan harta tersebut, antara calon PKR yang mempunyai aset tertinggi berdasarkan dokumen yang dimuat naik adalah calon kerusi Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dengan aset RM106.1 juta daripada pelaburannya dalam DNS Capital Sdn Bhd dan iLimo Stalite LTD manakala kira-kira RM5.3 juta dalam bentuk hartanah.

Rekod juga menunjukkan Suparadi pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Pengarah Eksekutif Iris Corp.

Selain Suparadi, calon lain yang memiliki aset bersih yang tinggi seperti calon Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan berjumlah RM63.5 juta dan calon Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash bernilai RM40 juta.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi calon pertama PRU-15 yang mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Minggu lalu, Rafizi dilaporkan berkata sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang enggan mengisytiharkan harta yang dimiliki, kemungkinan terdapat sesuatu yang cuba diselindungkan.

Difahamkan, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janji.

Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok