Populariti Muhyiddin atasi saingan menjelang PRU-15: ST Singapura

October 30, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berada pada kedudukan paling popular dari segi penarafan kepuasan rakyat Malaysia, walaupun hanya dalam tempoh singkat menjadi Perdana Menteri (PM), menurut laporan Straits Times (ST) Singapura, semalam (29 Oktober 2022).

Akhbar itu memetik laporan kaji selidik Merdeka Center for Opinion Research yang mendedahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di tempat kedua, dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (ketiga).

Ini diikuti Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (keempat) dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (kelima).

Untuk rekod, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 1 Mac 2020.

Bagaimanapun, pada 16 Ogos 2021, beliau meletak jawatan setelah 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid mengkhianati sokongan terhadap Kerajaan PN, sebelum Ismail Sabri diangkat sebagai PM kesembilan dengan sokongan PN – gabungan Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan STAR.

Ketika mengetuai pentadbiran, Muhyiddin berdepan cabaran yang tidak pernah dilalui mana-mana PM Malaysia apabila wabak Covid-19 melanda seluruh dunia sehingga beliau terpaksa mengambil beberapa keputusan bagi menyelamatkan nyawa rakyat, dan pada masa sama menjamin ekonomi negara tidak merudum.

Inisiatif membantu rakyat dengan pelbagai program sokongan seperti wang tunai dan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dianggap antara kejayaan terbesar pentadbirannya dan mengangkat populariti beliau.

Sementara itu, ST juga memetik kaji selidik Merdeka Center yang menyatakan penarafan kepuasan semasa terhadap kerajaan pimpinan Ismail Sabri merosot jauh lebih rendah daripada 50 peratus yang dilihat pada September 2021, beberapa minggu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan PM.

Merdeka Center for Opinion Research dalam kaji selidiknya juga berkata penarafan sokongan untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum pembubaran Parlimen berada pada paras 38 peratus, lebih rendah ketika gabungan itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu.

Memetik laporan disiarkan ST semalam, kaji selidik itu dibuat terhadap rakyat Malaysia pada September, yang menyokong kepimpinan UMNO adalah lebih rendah daripada 39 peratus yang pernah dicatat pada April 2018, beberapa hari sebelum gabungan itu tumbang setelah hampir enam dekad berkuasa.

Ia juga mendapati hanya 51 peratus responden menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan Persekutuan pada September, berbanding 47 peratus sejurus sebelum Datuk Seri Najib Razak mengundur diri daripada jawatan PM pada PRU-14.

Menurut ST, hasil kaji selidik yang dilaporkan dibentangkan kepada pelbagai institusi kewangan dan firma antarabangsa baru-baru ini, menyatakan “sentimen yang mencecah paras terendah pada Julai, berkurangan apabila inflasi dan kenaikan kos sara hidup telah dikurangkan oleh subsidi kerajaan”.

Unjuran dalaman BN seminggu lalu menunjukkan bahawa gabungan itu hanya boleh mencapai kemenangan di kira-kira 60 daripada 222 kerusi Parlimen, dengan sehingga 20 lagi kemenangan berkemungkinan menang tipis.

Tetapi Pejabat Perdana Menteri sendiri hanya yakin kurang daripada 40 kemenangan, walaupun 60 dapat dicapai, menurut ST.

Namun, menyokong Ismail Sabri untuk terus menjadi PM – sekiranya BN menang pada 19 November ini – nampaknya merupakan langkah strategik yang tepat, kerana popularitinya jauh mengatasi Zahid, yang telah dicemari oleh berpuluh-puluh tuduhan rasuah.

Akhbar Singapura itu juga melaporkan penarafan populariti Merdeka Center untuk lima ahli politik terkemuka yang dilihat sebagai calon PMutama pusingan ini.

Menurut tinjauan itu, 46 peratus berpuas hati dengan Ismail Sabri, walaupun ini lebih rendah daripada 52 peratus ketika beliau mula-mula berkuasa setahun lalu.

Bagaimanapun, populariti Naib Presiden UMNO itu jauh melebihi Zahid yang hanya memperoleh 13 peratus penarafan kepuasan.

Sebaliknya, 67 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan Zahid, berbanding 46 peratus bagi Ismail Sabri.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Merdeka Center telah menambah ketetapan dalam pembentangannya.

“Walaupun penarafan kelihatan rendah, Zahid dan calon PMnya (daripada UMNO) mendapat sokongan berasaskan kepada kesetiaan.

“Bagaimanapun, ini boleh diatasi oleh pengundi yang tidak membuat keputusan dan menjadikan mereka sebagai alternatif,” kata Merdeka Center dipetik dalam penemuan kaji selidik itu.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok