Pontianak mana kamu jumpa, soal Anwar kepada Najib

July 17, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Datuk Seri Najib Razak yang menganggap diri sendiri cukup bagus dalam mengendalikan pelbagai isu rakyat, tetapi tidak pernah menyelesaikan isu kemiskinan.

Presiden PKR itu mengatakan bekas Perdana Menteri itu tidak suka kepada perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kerana ia melibatkan kebebasan badan kehakiman.

“Najib tidak memahami masalah rakyat dan menganggap dirinya cukup bagus dengan hanya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Dalam soal MoU, PH nyatakan dengan spesifik iaitu RM40 bilion untuk pengurusan Covid-19, RM10 bilion untuk orang miskin, Undi 18, reformasi Parlimen, Akta Anti Lompat Parti serta kebebasan badan kehakiman. Ini yang kami tuntut.

“Jadi, sudah tentu Najib tidak bersetuju dengan MoU itu kerana ia membabitkan kebebasan badan kehakiman yang dia langgar.

“Saya rasa saya faham Najib, saya fikir dia tidak mengerti sebenarnya derita rakyat ini. Dia fikir berikan bantuan seperti BR1M sudah mencukupi. Ini yang saya sebut di Parlimen iaitu dependency syndrome.

“Kamu membantu orang miskin tetapi kemudian dia perlu bergantung dan akan ‘cium tangan’ kamu sentiasa,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini sempena hari terakhir Kongres Nasional Ke-16 PKR.

Memetik Utusan, Anwar juga meminta Najib memberi pencerahan berkaitan ‘menari dengan pontianak’ yang dimaksudkannya ketika mengulas isu MoU berkenaan.

“Pertama saya tidak percaya dengan pontianak dan saya tidak ada pengalaman dengan pontianak. Saya mahu pencerahan daripada Najib, siapa pontianak yang dia maksudkan?”

Anwar menegaskan MoU bukan satu tiket untuk kerajaan berasa selesa untuk menganggap pembangkang akan mendiamkan permasalahan yang berlaku.

PH komited menjalankan tanggungjawab sebagai blok pembangkang dengan menyempurnakan sistem semak dan imbang dalam negara ini, kata Anwar.

“Pada hemat saya, MoU itu kita meterai bukan kerana menyokong kerajaan. Kita kekal sebagai pembangkang dan sanggahan kita berterusan termasuk soal inflasi.

“Ya, inflasi berlaku di seluruh dunia tetapi negara lain tidak mengeluarkan minyak kelapa sawit seperti kita. Saya beri pandangan spesifik, saya beri pandangan yang tidak ganggu keuntungan berbilion syarikat-syarikat besar.

“Tetapi berilah satu kuota supaya penjualan dalam negara mengurangkan beban orang miskin. Pemimpin-pemimpin ini sebenarnya menjadi jurucakap orang-orang kaya dan sukar melihat keupayaan di mana ada kebijakan ekonomi yang boleh menjurus sedikit,” jelasnya.

Sebelum ini, Najib membidas ucapan dasar Anwar pada kongres berkenaan yang mengatakan kerajaan baharu memerintah setahun tetapi sudah menaikkan harga barang.

Menurut Najib, PH tidak bersetuju dengan kerajaan namun mengapa masih meneruskan MoU.

“Tapi bila disuruh tarik balik MoU, mereka tak nak. Masih mahu sokong kerajaan yang mereka kritik sebagai tak kompeten, perkauman, tak mampu jaga inflasi dan menyusahkan Rakyat. Diler ke apa, korang?

“Kata kerajaan buruk dan susahkan Rakyat tapi masih bermati-matian sokong kerajaan melalui MoU? Suruh korang cancel MoU macam suruh korang menari dengan pontianak pula,” kata Najib.

Berita berkaitan
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022· Isu semasa
Janji dengan pembangkang boleh pula PM tunaikan, kata Wan Saiful
August 5, 2022· Politik
PRU-15 semakin dekat, mungkin sebulan dua lagi
August 3, 2022· Politik
Selepas berakhir MoU, nampaknya UMNO semakin galak desak PRU disegerakan
August 2, 2022· Politik
Popular
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Nama pemimpin UMNO dikaitkan skandal LCS, Ketua Pemuda desak dakwa segera
August 5, 2022
Lagi Politik terkini
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
14 jam lalu · Politik
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
15 jam lalu · Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
18 jam lalu · Politik
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022 · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok