Politik Sabah nampak tenang, tapi ‘gangguan’ UMNO belum selesai

January 13, 2023 · Politik

Krisis politik Sabah melibatkan ‘gangguan’ oleh pemimpin UMNO yang bertindak menarik sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, masih jauh daripada selesai.

Ini diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini walaupun campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang memaksa rombakan Kabinet negeri.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang sedang berlangsung, Bung Moktar berkata keadaan di Sabah kini lebih tenang berbanding minggu lepas kerana parti itu tidak mahu mencetuskan pergolakan lebih lanjut yang mungkin membolehkan pihak lain terlibat, terutama daripada pesaing Perikatan Nasional (PN).

“Krisis politik tidak dapat diselesaikan walaupun di Sabah tenang… namun pergolakan masih belum selesai kerana pembentukan kerajaan pada peringkat awal adalah daripada UMNO dan PN.

“Ini juga satu persoalan. Tidak mengapa. Orang main politik, kita main politik juga,” katanya menurut laporan MalayMail.

Tetapi Bung Moktar bertegas bahawa UMNO tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang usaha untuk “menggulingkan” (menjatuhkan) kerajaan negeri.

“Menjatuhkan dengan membentuk kerajaan lain, perkataan ‘guling’ ini berniat jahat. Matlamat kita ialah memperbetulkan hala tuju politik supaya rakyat dan Sabah menjadi negeri yang mampu membangun.

“Guling bermaksud memusnahkan. Terdapat definisi yang berbeza. Kita bukan nak tumbangkan, kita nak tentukan supaya rakyat Sabah mendapat tempat yang sepatutnya oleh kerajaan sedia ada,” katanya lagi.

Dua hari lalu, Bung Moktar berkata UMNO tidak akan mengiktiraf barisan Kabinet negeri yang dirombak oleh Hajiji – pemimpin Bersatu yang keluar parti dan mendakwa menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ini termasuk pelantikan rakan ADUN UMNO Datuk Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baharu menggantikan Bung Moktar, dan ADUN Sugut Datuk James Ratib sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri yang baharu.

Kedua-duanya adalah antara lima ADUN UMNO yang menentang langkah UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menarik diri daripada kerajaan GRS, sebaliknya mereka menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap Hajiji.

Tiga lagi ADUN UMNO Sabah yang dilihat sebagai pengkhianat parti itu ialah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) yang hari ini dilantik sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad; Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); dan Datuk Arshad Bistari (Tempasuk).

Bung Moktar berkata UMNO Sabah akan merujuk tindakan kelima-lima ADUN UMNO itu kepada Lembaga Disiplin parti pada peringkat pusat kerana tindakan mereka menjejaskan parti dan BN.

Sebelum ini, media melaporkan sejak minggu lalu keadaan politik Sabah dalam kacau-bilau apabila Bung Moktar mengetuai UMNO negeri didakwa bekerjasama dengan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyingkirkan Hajiji daripada jawatan Ketua Menteri.

Kedua-dua Bung Moktar dan Shafie mendakwa Hajiji tidak lagi menguasai majoriti 79 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Bagaimanapun, Hajiji menerusi sidang khas DUN beberapa hari lalu memperoleh sokongan daripada 44 ADUN, termasuk tujuh daripada Pakatan Harapan (PH) dan lima ADUN UMNO.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
4 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
23 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok