Polis siasat PKD DUN Penggaram pasang Jalur Gemilang terbalik

August 9, 2021 · Politik

Polis mengesahkan membuka kertas siasatan susulan tular gambar menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di Pusat Dalam Komuniti (PKD) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, di Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata pihaknya mengesan gambar yang tular itu kira-kira jam 3.30 petang yang tular di media sosial.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pada pukul 3.45 petang polis telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan selain bangunan itu telah ditutup.

‚ÄúPihak polis sedang berusaha mengesan pekerja dan penyelia PDK berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

DUN Penggaram diwakili Gan Peck Cheng daripada DAP yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Susulan itu beberapa komuniti meluahkan kekecewaan sambil mempertikaikan tindakan memasang bendera Malaysia secara terbalik.

Selepas puluhan tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada yang ‘tidak tahu’ atau ‘tidak pandai’ memasang serta mengibarkan Jalur Gemilang yang sepatutnya menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia, kata mereka.

Mereka turut mempertikaikan adakah pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik itu disengajakan?

Pada 2013 lalu puluhan pelajar Cina yang menuntut di Taiwan berhimpun sambil memegang Jalur Gemilang secara terbalik, kononnya sebagai membantah apa yang mereka katakan pilihan raya tidak adil.

Bagaimanapun setelah menerima kecaman hebat, kumpulan pelajar terbabit memohon maaf atas perbuatan mereka.

Popular
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
3 jam lalu · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
17 jam lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
18 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
18 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
1 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok