Polis selesai rakam percakapan Tun M, Mukhriz

August 9, 2021 · Politik

Polis hari ini selesai mengambil keterangan Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya.

Kedua-duanya memberi keterangan kepada pegawai dari Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman selama satu setengah jam susulan penyertaan mereka pada perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka 2 Ogos lalu.

Dua kenderaan yang membawa anggota polis itu tiba jam 1.54 petang dan terus memasuki perkarangan YKP, sebelum ketibaan bekas Perdana Menteri itu pada 2.16 petang.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung isu sama.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran; Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu); Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena); Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Peguam Dr Mahathir dan Mukhriz, Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan Pengerusi Pejuang dan Mukhriz akan disiasat mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Ketika sesi memberikan keterangan kepada pihak polis itu, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyatakan akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehari selepas menghadiri perhimpunan itu Dr Mahathir mengakui kesilapannya dan berpendapat perhimpunan seperti itu tidak sepatutnya diadakan kerana boleh menyebabkan virus Covid-19 merebak di kalangan peserta yang duduk dekat tanpa penjarakan fizikal.

“Soal SOP (prosedur operasi standard)… itu saya dapati cukup susah.. saya mengaku saya sendiri dah buat salah,” kata Dr Mahathir.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok