PRN: Polis Kelantan terima 4 laporan, antaranya khianat

August 6, 2023 · Politik

Polis Kelantan menerima empat laporan sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri (PRN) setakat hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima dua laporan perbuatan khianat dan mengaibkan calon menerusi komen di laman sosial serta fitnah.

“Semalam kita menerima tiga laporan dan satu daripadanya adalah berkaitan fitnah terhadap calon yang dimuat naik dalam Facebook mengenai tawaran sejumlah wang, namun calon berkenaan menafikannya.

“Selain itu, ada juga laporan mengenai cubaan mengaibkan calon dengan dakwaan beliau tidak solat Jumaat dan tuduhan itu juga dibuat menerusi laman sosial.

“Dua lagi laporan diterima di daerah Kota Bharu berkaitan perbuatan khianat terhadap poster Malaysia Madani yang dikoyak dan gambar calon yang dipotong dengan benda tajam,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata semua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 504KK, Seksyen 231(1) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia; Seksyen 500KK; Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR 1954) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata kempen pilihan raya setakat ini berjalan dengan baik dan tidak berlaku perkara di luar kawalan.

“Tiada rapat umum, hanya ceramah biasa saja jadi kita harap tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
September 21, 2023· Politik
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok