PNBEST ketengah tiga agenda demi rakyat dan negara, kata Muhyiddin

November 4, 2022 · Politik

Prihatin, Bersih dan Stabil (PNBEST) adalah tiga perkara pokok yang menjadi agenda utama dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) pada 19 November ini.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PN cukup sinonim dengan keprihatinan kerana sememangnya menitikberatkan masalah dihadapi rakyat dan cara hendak meringankan beban mereka.

“Bersih pula memastikan semua calon kita bebas rasuah dan bersumpah untuk tidak menyalah guna kuasa atau mengambil duit rakyat walau sesen pun.

“(Dan) hanya dengan kerajaan yang prihatin dan bersih, maka kestabilan negara dapat dikecapi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (4 November 2022).

Justeru, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berpesan supaya rakyat, terutama pemilih, tidak menggunakan hak mereka begitu sahaja, sebaliknya perlu melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab iaitu memilih pemimpin dan kerajaan yang baik serta amanah.

Menurutnya Perikatan Nasional mahu membentuk sebuah kerajaan yang baik, beramanah, bertanggungjawab serta yang prihatin berkenaan nasib rakyat dan mengetahui denyut nadi mereka.

“Kita hendak membentuk sebuah kerajaan yang baik, beramanah, bertanggungjawab, prihatin tentang nasib rakyat, yang tahu denyut dan nadi rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata apa yang paling utama akan dilakukan adalah berkaitan isu ‘bread and butter’ iaitu perkara-perkara pokok menyentuh soal kehidupan rakyat yang akan menjadi agenda utama PN jika menang.

“Mesti ada kesedaran dan tanggungjawab serta ‘sense of urgency’ untuk tidak berlengah dalam memastikan masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Negara kita belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19. Jika kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 tidak tahu mengenai nasib rakyat, maka keadaan akan menjadi lebih sukar,” katanya.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata Perikatan Nasional belum selesai melakukan tugas mengurus hal rakyat dan negara kerana hanya mampu mentadbir selama 17 bulan.

Namun, dalam tempoh singkat itu Perikatan Nasional berjaya mengatasi krisis paling hebat iaitu pandemik Covid-19, yang sekarang ini semakin mereda, dan ini telah menunjukkan kemampuan PN untuk memerintah.

Berita berkaitan
Beri peruntukan kepada pembangkang tanpa syarat, BERSIH bidas kerajaan
November 9, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
15 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
11 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok