PN yakin peneroka ingat hutang dihapus, sokong ketika PRU-15

October 28, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) yakin menang di semua kerusi yang majoriti pengundinya adalah peneroka Felda dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November akan datang.

Ini berdasarkan keyakinan bahawa Kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, telah membebaskan peneroka Felda daripada hutang yang tertunggak sejak zaman UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peneroka Felda sekarang ini bukan lagi deposit tetap UMNO dan BN, malah mereka telah sedar pemimpin mana yang membantu mereka selama ini.

Katanya, pengundi sudah maklum segala bayaran hutang Felda melibatkan berbilion-bilion ringgit diselesaikan ketika negara ditadbir PN di bawah Muhyiddin.

“Kalau kita benar-benar berterima kasih, berterima kasihlah kepada mereka yang menyelesaikan masalah kita.

“Sebab itu saya yakin dengan budaya rakyat kita, mereka akan berterima kasih kepada insan yang sudah menyelesaikan masalah mereka.

“Saya berharap warga Felda di seluruh negara berfikir dan memilih mereka yang benar-benar prihatin terhadap rakyat,” katanya pada sidang media selepas taklimat PRU-15 dan persiapan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan, di Kota Bharu, hari ini (28 Oktober 2022).

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri meminta peneroka Felda sedar kerana Muhyiddin sudah membuktikan kesungguhannya membantu mereka sebelum ini.

“Kita sudah buktikan yang kita juga mampu menguruskannya (isu Felda) dengan baik,” katanya.

Pada 7 Julai 2021, iaitu tatkala negara sedang berdepan pandemik Covid-19 di mana rakyat tidak dapat bekerja dan menguruskan ekonomi dengan baik, kerajaan PN bersetuju untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Ia akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.

Susulan pelupusan hutang itu, purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
59 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok