PN umum 169 calon: Tiada seorang pun ada kes mahkamah, runding macam abang adik

November 2, 2022 · Politik

Seramai 169 calon kerusi Parlimen dan 116 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditampilkan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tiada satu pun ada kes mahkamah.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rundingan kerusi yang dijalankan sesama parti komponen berjalan dengan penuh semangat kekeluargaan macam abang dan adik tanpa perselisihan, ia berbeza dengan parti lawan yang bergelut dan bergaduh merebut kerusi yang hendak ditandingi.

“Saya nak maklum di sini perundingan kerusi antara parti-parti dalam Perikatan Nasional sudah selesai… tiada yang hentak meja. Jauh sekali daripada bertengkar dan bergaduh. Ia berjalan dengan lancar saja. Hormat-menghormati,” katanya semasa mengumumkan calon-calon PN malam tadi.

Daripada 169 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan itu, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi, PAS (64), Gerakan (20) dan Bersekutu (11).

Bagi peringkat DUN yang melibatkan Pahang, Perlis dan Perak, beliau berkata PAS bertanding 57 kerusi, Bersatu (41), Gerakan (14) manakala Bersekutu (empat).

“Perkara ini telah kita putuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan akan umum bakal calon bertanding kecuali bagi Kelantan dan Terengganu akan umum pada satu tarikh lain sama ada esok atau lusa,” katanya lagi.

Beliau, bagaimanapun, mengingatkan semua komponen gabungan itu untuk menerima baik keputusan pucuk pimpinan berhubung nama-nama calon yang telah diumumkan serta memohon kerjasama di setiap peringkat parti untuk terus membantu dalam memastikan kemenangan PN.

Menyentuh mengenai manifesto PN, Muhyiddin berkata gabungan itu akan melancarkan tawaran mereka pada Ahad ini.

Pemimpin utama yang hadir semasa majlis pengumuman antaranya Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Dalam majlis tersebut juga, kesemua calon dan barisan ahli jawatankuasa PN turut berikrar dan mengangkat sumpah aku janji yang diketuai Muhyiddin bagi menyatakan komitmen untuk membina sebuah kerajaan bebas rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU-15.

“Kita bukan pengkhianat kepada bangsa agama dan negara, kita penyelamat negara tercinta kita,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya, adalah penting untuk rakyat terus memberi mandat kepada PN pada PRU15, 19 Nov ini agar PN boleh kembali mentadbir negara untuk tempoh lima tahun.

“Lebih penting kerajaan yang dibentuk menerusi sokongan rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan dapat pikul satu tugas beban yang besar. Persoalannya siapa parti yang dapat pikul amanah itu, jawapannya tidak lain tidak bukan iaitu PN.

“Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, malah ini bukan juga hanya perkataan tetapi tindakan secara berkesan kita telah buktikan untuk bela rakyat,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok