PN tidak calonkan Ismail Sabri sebagai PM hadapi PRU-15

April 15, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak mengambil pendirian yang sama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk mengekalkan Ismail Sabri sebagai PM dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO atau BN dan tidak ada kaitan dengan PN atau Bersatu.

“Itu soal parti… UMNO ataupun Barisan Nasional.. dia nak calon siapa saja… kita dengar saja.. tapi saya tak perlu nak komen apa-apa… bukan?,” katanya pada sidang media selepas meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Ditanya lebih lanjut, Muhyiddin berkata beliau tidak perlu memberi apa-apa ulasan kerana sekarang ini pun Ismail Sabri adalah PM, tetapi PN tidak mengambil pendirian yang sama seperti UMNO.

“Pasal Perdana Menteri yang ada sekarang pun Datuk Ismail juga. Tapi ke hadapan itu kita tak pasti.

“Kalau dia yang mencalonkan… itu pihak Barisan Nasional.

“Kita Perikatan Nasional tidak ambil pendirian yang sama,” katanya

Pada masa sama Muhyiddin berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Ismail Sabri berhubung kenyataan untuk tidak menyambung semula perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) selepas tamat pada 31 Julai ini.

Menurutnya pada pertemuan pimpinan PN dengan PM minggu lalu pun mereka ada membincangkan berhubung MoU itu.

“Pada waktu itu perdana menteri pun beritahu dan kami bersetuju bahawa belum ada apa-apa perundingan nak dibuat sama ada nak lanjut atau tak dilanjut. Jadi saya setuju tentang pendirian itu.

“Tapi hari ini ada keputusan yang agak berbeza sedikit. Nanti kita nak dapatkan penjelasanlah. Adakah dia nak berhentikah ataupun nak lanjut lagi… wallahuaklam,” katanya.

Terdahulu, hari ini Ismail Sabri berkata sebagai Naib Presiden UMNO beliau akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk tidak meneruskan MoU itu.

Menurutnya, beliau tertakluk kepada keputusan yang dibuat MT UMNO, lapor Bernama.

Semalam MT UMNO memutuskan MoU antara kerajaan Persekutuan dan PH yang berakhir 31 Julai ini, tidak diteruskan lagi.

Pada 13 September 2021, kerajaan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Ismail Sabri bersama ketua-ketua parti PH iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP ketika itu Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok