PN terbuka bekerjasama, lawan rasuah pemimpin UMNO lebih penting: Muhyiddin

August 27, 2022 · Politik

Pintu kerjasama dengan mana-mana parti masih terbuka kerana perkara paling penting adalah melawan rasuah pemimpin UMNO bagi mengelakkan negara masuk ke kancah yang lebih buruk, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata pintu rundingan dengan mana-mana parti yang mahu melawan Barisan Nasional (BN) tidak pernah ditutup, malah sebelum ini semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sememangnya sudah wujud persefahaman antara sesama parti yang bertanding.

“Ya, pasal selepas pilihan raya di Johor dulu ada beberapa pihak daripada parti-parti lain yang kata mereka nak berjumpa saya jumpa. Itu yang lepaslah.

“Tapi mungkin mereka rasa pilihan raya jauh lagi jadi dibiarkan begitu tapi. Kalau sekarang mereka fikir pilihan raya sudah dekat, adakah mereka akan datang balik nak bincang balik, kita terbuka,” katanya semasa sidang media selepas Konvensyen PN di MAEPS, Serdang hari ini.

Jelas Muhyiddin, perkara yang paling penting adalah menentang rasuah dan penyelewengan yang akan diteruskan dilakukan oleh BN jika mereka terus berkuasa dan ia pastinya tidak baik kepada negara.

“Kita tahu musuh utama kita ialah Barisan Nasional. Pasal ini kebobrokan, salah guna kuasa, rasuah yang macam tak habis-habis tak sudah-sudah. Ini tidak baik bagi negara.

“Jadi kalau kita punya matlamat ialah untuk mengelakkan negara jatuh dalam keadaan yang lebih buruk lagi maka pimpinan parti-parti lain harus berfikirlah bagaimana cara nak mengelakkan hal sebegitu boleh berlaku semula,” katanya lagi.

Bagaimanapun jika tiada sebarang rundingan atau persefahaman tidak dapat dimerterai dengan parti-parti lain, Muhyiddin berkata PN sama ada suka atau tidak perlu masuk dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan bersandarkan kekuatan sendiri.

“Ya kalau tidak boleh begitu (bekerjasama) maka kita juga menerima hakikat kita akan bertanding atas kekuatan kitalah… Perikatan Nasional, kita ada gabungan lima parti,” katanya.

Menurut Muhyiddin, kerjasama tidak hanya boleh melibatkan satu parti sahaja yang bersedia tetapi satu lagi pihak tidak bersedia untuk bekerjasama.

“Yang ini mungkin perlu kita halusi tetapi tidak boleh berlaku hanya kalau satu pihak sahaja bersedia dan pihak lain tidak bersedia.

“Jadi, ini kita akan tengoklah apa yang akan berlaku pada tempoh-tempoh mendatang ini,” jelasnya.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
1 jam lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
2 jam lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh
6 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri mungkin ditekan kluster mahkamah adakah PRU-15 tahun ini
29 minit lalu · Politik
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
52 minit lalu · Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
3 jam lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
4 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok