PN tawar pelan pembangunan Johor 10 tahun jika menang PRN

February 18, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberi jaminan bahawa pengalamannya yang luas dalam memimpin negara serta pernah menjadi Menteri Besar Johor dapat membantu negeri ini, lapor Bernama.

“Ya, kita akan merangka pelan, mungkin 10 tahun ke hadapan, daripada sekarang ke 10 tahun, bagaimana Johor boleh melonjak dalam semua sektor ekonomi,” katanya ketika soal jawab dan bersarapan bersama kira-kira 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai strategi dan bentuk transformasi ekonomi yang akan dibawa oleh PN, di bawah pimpinannya, di Johor.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini menawarkan diri menjadi penasihat ekonomi Johor sekiranya PN menang dalam PRN tersebut.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, satu pasukan yang akan dibentuk daripada kalangan pakar akan merangka pelan ekonomi baharu Johor.

Beliau juga akan mengarahkan menteri dalam sektor ekonomi berkaitan untuk turun memberi penerangan.

“Ini (pelan) akan mencakupi semua bidang perniagaan, peruncitan, pelancongan pertanian dan lain-lain.

“Johor ada potensi-potensi yang cukup baik, seperti pelancongan. Tapi apakah langkah lain yang kita buat, supaya pelancong akan datang ke Johor dan berbelanja besar misalnya. Itu penting untuk kita lihat,” katanya.

Beliau berkata menerusi pelan itu juga, PN akan turut meneliti pendapatan per kapita rakyat terutama dengan pandemik yang telah menyebabkan kedudukan ekonomi segelintir besar masyarakat terjejas teruk.

“Usaha kita supaya ada peningkatan dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Ini akan memerlukan banyak perkara untuk kita lihat.

“Antara lain, kita juga nak lihat sebahagian besar anak kita yang sudah keluar daripada sistem pendidikan boleh dapat kerja,” katanya yang juga Presiden Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 26 Feb ini manakala pengundian awal pada 8 Mac dan hari mengundi pada 12 Mac.

Berita berkaitan
Inilah cermin yang patut penasihat ekonomi PM lihat: Marzuki
September 21, 2022· Politik
Hanya khabar angin PM akan diambil tindakan jika lewatkan PRU: Hasni
September 16, 2022· Politik
PM belum bincang tarikh PRU-15 dengan ‘Top Five’ UMNO
September 11, 2022· Politik
PN sedia terima keputusan tolak PH, tak tolak saingan tiga penjuru: Muhyiddin
September 3, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
7 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
10 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
11 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok