PN tak sokong tambahan jawatan Timbalan Speaker

October 7, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak menyokong cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jawatan timbalan speaker sedia ada seperti dalam termaktub dalam Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutun adalah memadai bagi menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

Malah, katanya, peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana ahli Dewan Rakyat mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga memadai bagi menjamin kesempurnaan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Tiada keperluan bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

“Cadangan pindaan Perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) juga terhad kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama dan pindaan Perlembagaan untuk jawatan speaker tiada didalamnya.

“Pindaan Perlembagaan untuk menambah jawatan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak termaktub dalam memorandum persefahaman tersebut. Justeru, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menuntut pelaksanaannya.

“Atas dasar ini, PN telah membuat pendirian untuk tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi tujuan ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, difahamkan kerajaan pimpinan Ismail sedang mengkaji untuk mewujudkan jawatan Timbalan Speaker ketiga yang akan diisi oleh wakil dikalangan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata cadangan tersebut belum dibincangkan secara rasmi.

Ketika ini, satu jawatan Timbalan Speaker masih kosong susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen (MP) Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Ogos lalu.

UMNO cuba mencalonkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menggantikan Azalina namun membatalkan hasrat mereka selepas tidak mendapat sokongan wakil PN yang menolak mana-mana pemimpin yang memiliki kes mahkamah.

 

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok