PN tak langgar kuasa Sultan tentukan siapa Menteri Besar Perak

November 9, 2022 · Politik

Walaupun, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan Setiausaha Bersatu Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara calon Menteri Besar daripada Perikatan Nasional, jika menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, gabungan itu tidak akan mendahului kuasa Sultan Perak.

Pengerusi Perikatan Nasional Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata berdua-duanya adalah antara pemimpin yang boleh dinamakan untuk memikul tanggungjawab itu jika mereka menang dalam pilihan raya 19 November ini.

“Nama yang kita sedia kenali, yang dah berpengalaman sebagi Exco negeri – Datuk Zainol Paharudin dan Razman Zakaria. Ini antara yang kita akan ketengahkan.

“Bagaimanapun semua 59 calon Perikatan Nasional di Perak layak dan mampu menjadi Menteri Besar.

“Tetapi Perikatan Nasional tak nak terjadi penderhakaan kepada Sultan dalam menunjukkan calon Menteri Besar kita,” katanya pada sidang media ketika lawatannya ke Tambun sebagai sebahagian daripada kempen PRU-15.

Ahmad Faizal akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15 ini. Beliau akan berdepan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan empat penjuru.

Kedua-duanya, Zainol dan Razman pernah memegang jawatan Exco kerajaan negeri sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

“Jika kita berjaya membentuk kerajaan, maka ini adalah antara beberapa nama yang kita akan bawa kepada Sultan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata terdapat kekeliruan dalam kalangan segelintir pengundi di kawasan Tambun yang tidak mengetahui beliau bertanding pada PRU-15 atas tiket Perikatan Nasional.

Menurutnya beliau telah menemui segelintir pihak yang menyangka beliau mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Sokongan agak baik, tetapi kami perlu meneruskan kerja. Kita mesti mendekati rakyat dan menjelaskan usaha kita untuk mereka.

“Antara masalah yang kami hadapi semasa pertemuan dengan pengundi di sini ialah mereka tidak sedar saya mewakili Perikatan Nasional sekarang.

“Mereka memberi sokongan penuh kepada saya, tetapi pada masa yang sama, berkata mereka akan mengundi PH sebab mereka fikir saya masih di bawah panji PH seperti pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022· Politik
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
November 29, 2022· Politik
PN Pahang sedia galas tanggungjawab sebagai pembangkang selepas BN pilih PH-DAP
November 28, 2022· Politik
Belum tahu Warisan diberi jawatan, tapi Shafie jumpa Anwar minggu depan bincang
November 28, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok