PN sudah ada calon MB Pahang

October 24, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan gabungan itu sudah mempunyai nama calon Menteri Besar, sekiranya dapat menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Beliau berkata calon yang dicadangkan itu sudah mendapat persetujuan tiga parti gabungan dan akan diumumkan pada masa sesuai sama ada sebelum atau selepas PRU-15.

“Kita sudah pun ada calon Menteri Besar dalam kalangan tokoh PN, kita akan umumkan pada masa yang bersesuaian.

“Kami bersepakat dalam melantik calon Menteri Besar dan pembahagian kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) juga dalam keadaan yang mesra dan masing-masing bersepakat dan bertekad untuk menawan Pahang,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Deepavali PN peringkat negeri di Bentong, hari ini.

Saifuddin berkata PN Pahang sudah pun selesai pembahagian kerusi dan calon yang akan bertanding di 14 Parlimen dan 42 DUN, tetapi bergantung kepada persetujuan PN Pusat.

“Calon yang kita putuskan untuk bertanding di Pahang mempunyai kredibiliti serta berkemampuan mendekati pengundi seterusnya dapat memenangi kawasan berkenaan.

“Kita sudah bersiap siaga membuka semua pusat operasi untuk berkempen di setiap Parlimen dan DUN serta strategi bagi menggempur kubu Barisan Nasional (BN) selepas mengumumkan calon nanti,” katanya.

Ditanya khabar angin PN akan meletakkan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di kerusi Parlimen Jerantut, beliau menjelaskan itu hanyalah khabar angin.

“Itu desas-desus. Sebagai ahli parti, kita mesti mematuhi pucuk pimpinan tertinggi yang menentukan kawasan yang akan ditandingi.

“Saya pun ingin bertanding di Parlimen Temerloh, tetapi pucuk pimpinan PN meminta saya bertanding di Indera Mahkota sebelum ini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok