PN sokong Ismail Sabri sebagai PM dengan syarat

August 19, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menegaskan sokongan penuh parti-parti politik gabungannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dengan beberapa syarat, termasuk memastikan Jemaah Menteri yang bakal dilantik bukan daripada individu yang berdepan sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ismail Sabri juga perlu memastikan individu yang dilantik menganggotai Kabinetnya terdiri daripada mereka yang berintegriti dan amanah.

“Parti Perikatan Nasional (PN) telah sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan mantan Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, sebagai calon Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang baharu.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan Perikatan Nasional yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihanraya Umum bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beliau
hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata pada masa sama Ismail juga perlu meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.

Menurutnya semua 50 Ahli Dewan Rakyat daripada part-parti gabungan PN, termasuk empat wakil rakyat Bebas pro-PN menyerahkan Akuan Bersumpah kepada Istana Negara dengan memberi sokongan kepada Ismail Sabri.

“Saya juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama,” katanya.

Beliau berkata, keputusan mencalonkan Ismail Sabri menunjukkan PN lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.

“Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli politik mesti berjiwa besar (magnanimous) demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Muhyiddin berharap proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Selaku Pengerusi Perikatan Nasional, saya akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 apabila tiba masanya,” katanya.

Berita berkaitan
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Muhyiddin diperlukan untuk kekal terajui PN, kata PAS
August 3, 2022· Politik
Muhyiddin rakam ucapan takziah kepada keluarga Khalid
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
2 jam lalu · Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
3 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
3 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
9 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok