PN semakin dapat sokongan: Rais

November 4, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) semakin bersemangat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjelang penamaan calon Sabtu ini dan hari pengundian pada 19 November ini.

Penasihat PN Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini kerana gabungan parti Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan STAR itu, semakin mendapat sokongan masyarakat.

“Pendirian PN adalah untuk menukar kerajaan menurut hemah rakyat sendiri, mengenai nilai baik yang mereka tanam dan mengenai amalan rasuah yang mesti kita banteras habis-habisan kalau Malaysia mahu berada dalam kedudukan peta dunia kembali,” katanya.

Rais berkata demikian kepada media selepas Majlis Perisytiharan Calon Parlimen PN dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan di Nilai, petang semalam (3 November 2022).

“PN kini semakin bersemangat untuk memasuki gelanggang PRU-15 dan dilihat semakin mendapat sokongan masyarakat.

“Pada masa sama PN Negeri Sembilan menyasarkan untuk menguasai semua lapan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, Rais memaklumkan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith yang juga calon kerusi Parlimen Kuala Pilah sudah pulih daripada masalah kesihatan dialaminya dan bersedia bertanding.

Beliau memaklumkan Eddin Shazlee yang juga penyandang kerusi Kuala Pilah kini berehat di rumah selepas menjalani rawatan, baru-baru ini.

“Beliau sudah pulih dari masalah kesihatan dialaminya dan akan memimpin jentera pilihan raya PN Negeri Sembilan. Beliau sudah mendapat rawatan yang baik dan saya sudah berhubung dengan beliau beberapa kali.

“Saya berdoa supaya beliau sembuh kembali dan dapat menjadi calon di Kuala Pilah serta memimpin jentera PN di Negeri Sembilan,” katanya.

Pada majlis itu, semua calon PN di Negeri Sembilan hadir kecuali Eddin Syazlee.

Sebelum ini, media melaporkan berkenaan keadaan kesihatan Eddin Syazlee yang dikatakan telah ke luar negara bagi menjalani pembedahan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatannya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah yang dimenangi pada pilihan raya umum yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan nama Eddin Syazlee sebagai calon PN di kerusi berkenaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
18 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
43 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok