PN sedia terima keputusan tolak PH, tak tolak saingan tiga penjuru: Muhyiddin

September 3, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) bersedia menerima apa sahaja keputusan pimpinan gabungan parti itu termasuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana pihaknya bersifat terbuka serta mengambil kira pendirian PAS sebagai parti komponen PN yang tidak mahu kerjasama dengan PH pada pilihan raya berkenaan, lapor Bernama.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata malah sekiranya keadaan itu berlaku, PN sudah bersedia untuk menghadapi kebarangkalian pertembungan tiga penjuru atau lebih daripada itu, pada PRU-15.

“Perkara itu (PAS tolak kerjasama dengan PH) untuk kami nak menunjukkan sikap keterbukaan tetapi apapun kami faham hakikatnya kemungkinan mereka (PAS) tidak setuju tetapi apapun situasi, PN ada pendirian dan apa keputusan yang kami akan buat ataupun telah dibuat adalah berdasarkan musyawarah secara bersama.

“Oleh itu, apa pun situasi atau keadaan, kami akan terima. Kemungkinan besar pilihan raya ini akan melihat pertembungan tiga penjuru atau empat penjuru namun kami sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-68 disempurnakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata malah PN mempunyai strategi tertentu untuk memastikan kejayaan bagi gabungan parti itu dalam PRU15 nanti.

Sebelum ini, Muhyiddin dilapor berkata idea kerjasama PN dengan pembangkang disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa dan berpendapat kepentingan negara lebih penting berbanding kepentingan parti.

Mengenai cadangan penggunaan logo PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijangka diadakan minggu depan.

“Kemungkinan ada strategi tertentu yang sesuai dan kami akan ambil kira. Jadi kalau itulah usul yang dikemukakan, apapun keputusan akan dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi PN,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok