PN sedia tawar solusi komprehensif penyelesaian krisis ekonomi negara

October 18, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) sedia menawarkan penyelesaian sempurna dan komprehensif terhadap isu krisis ekonomi yang menjadi tumpuan setiap lapisan masyarakat sekarang ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata rantaian masalah ekonomi itu akan terus membebankan rakyat sekiranya tiada solusi tuntas daripada kerajaan.

Beliau berkata solusi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini masih gagal mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

“Penurunan OPR (kadar dasar semalaman) adalah bertujuan mengurangkan komitmen kewangan rakyat dan membantu rakyat berbelanja.

“Apabila rakyat mula berbelanja, permintaan menjadi tinggi. Namun bekalan sedia ada tidak dapat menampung permintaan rakyat,” katanya menurut Sinar, hari ini (Selasa, 18 Oktober 2022).

Khairul Nadzir juga berkata situasi tersebut akan menyebabkan berlakunya inflasi di mana ia berpunca daripada kenaikan mendadak harga komoditi, gangguan dalam rantaian bekalan di peringkat dunia dan permintaan tinggi.

“Tambahan, permintaan rakyat terhadap barang asas seperti minyak masak, ayam dan lain-lain tidak berkurang.

“Permintaan yang tinggi melebihi penawaran menjadi faktor kenaikan inflasi. Beberapa keputusan baharu perlu diambil untuk memastikan proses memulihkan ekonomi berjalan dengan baik, namun rakyat terpaksa berhadapan dengan kesan jangka pendek ini sementara ekonomi benar-benar kembali stabil,” katanya.

Menurutnya, peningkatan inflasi akan memberi kesan ketara kepada semua masyarakat.

Beliau juga berkata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid, melaporkan kumpulan isi rumah berpendapatan B60 dijangka meningkat.

“Kebimbangan ini menjadi lebih menakutkan apabila ekonomi dijangka akan bertambah buruk pada tahun hadapan.

“Apa yang diperlukan oleh rakyat pada waktu kini adalah satu solusi ekonomi yang sejahtera. Rantaian masalah ekonomi ini akan terus membebankan rakyat sekiranya tiada penyelesaian tuntas daripada kerajaan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
16 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok