PN rancak bincang pembahagian kerusi PRU15

April 27, 2021 · Politik

Lima parti yang menganggotai gabungan Perikatan Nasional (PN) sedang bekerja keras berbincang mengenai isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Lima parti terbabit ialah Bersatu, PAS, STAR, SAPP dan Gerakan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata jawatankuasa khas yang dibentuk di kalangan parti komponen PN sedang berbincang mengenai pembahagian itu.

Setakat ini, katanya, rundingan itu berada pada tahap 30 peratus dan berjalan dengan baik, adil serta lancar.

“Kawan-kawan dalam PN juga bersungguh-sungguh dalam isu pembahagian kerusi ini. Kita akan cuba selesaikan secepat mungkin bagi memastikan kerajaan yang stabil dan kekal dengan agenda dibuat.

“Hari ini pun saya ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu. Alhamdulillah, seperti dijelaskan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Timbalan Presiden Bersatu), rundingan berada pada tahap 30 peratus.

“Proses rundingan itu masih berada pada tahap sama kerana kenyataan itu pun baru dikeluarkan minggu lalu,” katanya hari ini.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok