PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim

October 5, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bahawa satu kajian menunjukkan bahawa 23 peratus anak-anak muda Malaysia telah bosan dengan politik.

Keadaan ini, katanya adalah sesuatu yang berbahaya kepada masa depan negara dan perlu ditangani segera oleh Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua anggota komponen PN supaya bergabung tenaga bukan sahaja untuk memelihara watikan pelantikan ketua-ketua jentera pilihan raya, sebaliknya mengetepikan masalah-masalah remeh.

“Mari kita gabung kekuatan… mari kita mulakan gerak kerja sampai ke akar umbi. Pastikan bahawa isu remeh-temeh jangan kita besar-besarkan dan isu besar jangan kita remeh-temeh.

“Main bola, jangan sibuk dengan kemuncup yang lengkat di stoking, yang lengkap di seluar. Main dulu, lepas main baru cabut kemuncup.. lebih malang lagi kalau penjaga gol duk sibuk cabut kemuncup,” katanya pada majlis pemberian watikah pelantikan ketua-ketua pilihan raya Parlimen Selangor, malam ini.

Mengulas mengenai PRU-15, Tuan Ibrahim berkata pada pertengahan November, beberapa negeri khususnya negeri Pantai Barat akan menerima taburan hujan yang lebih berbanding bulan-bulan sebelumnya.

“Jika pilihan raya diadakan ketika musim tengkujuh dan banjir, maka jentera perlu memastikan pengundi yang menyokong PN keluar membuang undi.”

“Sebab penyokong tegar sesuatu parti ini sangat penting dalam memenangkan pilihan raya. Kalau hanya ada kekuatan yang tak boleh kita pegang kerana penyokong atas pagar kita tetapi risiko kita ialah kalau sekiranya situasi yang menyusahkan mereka tidak akan keluar mengundi.

“Kecuali ahli parti yang hardcore dia tak peduli ribut taufan pun dia akan keluar. Tetapi bagaimana kita nak pastikan mobilisasi dapat dibuat supaya pengundi keluar beramai-ramai,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata kalau kita lihat pilihan raya di Melaka dan Johor yang memenangkan UMNO dan Barisan Nasional ialah penyokong tegar mereka.

“Tetapi sebenarnya kita (PN) masih majoriti untuk menolak BN. Tetapi kalau mobilisasi pengundi tidak dibuat, hubungan dengan pengundi tak dibuat, susah anak-anak muda kita… suatu yang kita bimbang dalam situasi cuaca demikian kalau mereka orang bersikap malas keluar mengundi dan seumpama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan supaya parti-parti gabungan PN tidak mempedulikan masalah remeh-temeh yang muncul, sebaliknya terus berjuang untuk memenangkan calon-calon PN.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok