PN Perlis selesai bahagi kerusi, PAS 11, Bersatu 7

October 19, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Perlis selesai memutuskan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan PAS bertanding di 11 kerusi dan Bersatu di tujuh kerusi, lapor Utusan Malaysia.

Pembahagian yang dicapai, PAS bakal bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen manakala Bersatu di enam DUN serta satu Parlimen.

Pengerusinya Mohd. Shukri Ramli merangkap Pesuruhjaya PAS Perlis memberitahu calon-calon yang bakal diketengahkan PAS nanti merupakan muka-muka baharu dalam kalangan profesional.

PAS bakal bertanding di Parlimen Arau dan Padang Besar serta sembilan  DUN membabitkan Simpang Empat, Santan, Mata Ayer, Sena, Chuping, Beseri, Bintong selain mengekalkan DUN Guar Sanji dan Sanglang.

Sementara Bersatu bakal bertanding di Parlimen Kangar serta enam DUN iaitu Kuala Perlis, Kayang, Titi Tinggi, Indera Kayangan, Pauh dan Tambun Tulang.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu, Abu Bakar Hamzah pula berkata beliau akan menyerahkan senarai calon Bersatu kepada pimpinan pusat untuk diputuskan.

“90 peratus calon yang bakal diketengahkan Bersatu terdiri daripada muka baharu,” katanya yang juga Timbalan PN Perlis.

Sebelum ini, PN memberi bayangan calon menteri besar dari PAS sekiranya gabungan tersebut berjaya menawan Perlis dalam PRU15.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Chegu Bard serah bukti rumah, tanah dan kereta mewah PMX kepada SPRM
July 11, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Kes saman Dr Mahathir RM150 juta, PMX akhirnya hantar pernyataan balas
June 15, 2023
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok