PN pastikan calon tiada rekod jenayah, kes mahkamah, isu LHDN

February 11, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) hanya akan meletakkan calon yang benar-benar berwibawa dan tidak mempunyai rekod jenayah, kes mahkamah atau isu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac depan.

Untuk itu, PN akan melakukan proses pemilihan semua 56 calonnya dengan tapisan ketat sebelum disenaraikan, kata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin,

“Kita akan pastikan calon-calon daripada semua parti komponen diteliti semua rekod mereka. Selepas itu baru kita umum secepat mungkin, mungkin minggu depan.

“Pembahagian kerusi akan dilakukan selepas kita mendapat kepastian (jawapan) daripada agensi-agensi berkaitan,” katanya dipetik daripada laporan Utusan, selepas beliau merasmikan Program Kotak Prihatin Kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Dewan Pusat Produktiviti Malaysia (MPC), di Johor Bahru, hari ini.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi PN, Pengarah PRN PN Johor itu berkata, proses tersebut masih belum dimuktamadkan kerana terdapat pertukaran kerusi pada saat akhir.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS tidak berpuas hati dengan 15 kerusi yang diberikan pada PRN Johor, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu menegaskan bahawa ia hanya khabar angin.

Sementara itu, Hamzah berkeyakinan tinggi PN mampu mengulangi kejayaan yang dilakar pada PRN Sabah, September 2020 dengan rakyat Johor akan memainkan peranan penting membantu PN kembali bangkit memimpin negeri ini.

“Rakyat akan bersama kita untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah.

“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa, jika UMNO tak takut saya tak tahulah. Isu siapa punca Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bukan lagi isu penting kerana sudah dibubarkan. Yang penting adalah untuk pastikan kuasa itu akan kembali kepada PN,” katanya.

Katanya, sudah sampai masa untuk PN membuktikan sebagai pasukan yang selama ini tunduk dan diam untuk bangkit memberi tentangan habis habis-habisan.

Katanya, ada sesetengah pihak hanya pandai mengata PN dan parti komponen tetapi tidak sedar bahawa mereka yang mendatangkan masalah di Johor.

“Saya tahu kita akan capai kemenangan, kita akan buktikan kepada mereka yang angkuh, sombong dan tamak kuasa bahawa rakyat tidak mahu lihat mereka sebaliknya mahu kumpulan yang prihatin seperti PN.

“PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa beranggapan seluruh rakyat harus dibantu dan keprihatinan ini telah dibuktikan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Kalau rakyat mahu pemimpin yang memberi bantuan dan prihatin, berilah kemenangan yang besar buat PN.

“Ini adalah jihad rakyat demi membantu perjuangan parti,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok