PN muktamad agih kerusi PRN minggu depan

May 15, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada minggu depan.

Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden PN selepas menerima keputusan perbincangan daripada Jawatankuasa Perundingan antara Parti.

“Apa yang boleh saya katakan perbincangan sesama kita di peringkat negeri-negeri berjalan dalam suasana harmoni dan mesyuarat tersebut akan memutuskan bilangan kerusi yang akan ditandingi PAS, Bersatu dan Gerakan,” kata Naib Presiden PAS itu lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di Marang, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata PN  juga akan mengumumkan beberapa nama besar daripada pelbagai parti politik yang bakal menyertai gabungan itu, awal bulan depan.

Ditanya sama ada nama-nama besar itu akan diangkat sebagai calon PN pada PRN, beliau berkata ia bergantung kepada kesesuaian kawasan dan penerimaan rakyat selain menegaskan apa yang penting adalah kemenangan untuk gabungan.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
1 jam lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
1 jam lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
2 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
13 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
13 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok