PN mahu menang PRU demi rakyat, negara, kata Muhyiddin

October 13, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemain politik supaya memberi keutamaan kepada rakyat, tatkala sibuk dengan persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Presiden Bersatu itu, PN adalah sebuah parti yang mengutamakan rakyat serta berusaha mengatasi masalah ekonomi yang membelenggu supaya Malaysia menjadi negara berkembang pesat.

“Ya… saya nak menang pilihan raya… saya nak pastikan rakyat di peringkat mana pun dapat hidup senang. Inilah sebab Perikatan Nasional menyertai pilihan raya.

“Rakyat lah kuncinya… bukan disebabkan kuasa. Apa maknanya kuasa tanpa rakyat. Ini sebabnya… saya istiqamah dan itu menjadi panduan saya walaupun kita sibuk dalam urusan politik.

“Sebab itu saya nak tunjukkan… jika anda menang dan membentuk kerajaan, kita tidak boleh melupakan rakyat… sebab setiap hari rakyat, terutama yang miskin, adalah penting bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Jadi saya berada di sini untuk mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya, hari ini (13 Oktober 2022).

Bekas Perdana Menteri ke-lapan itu berkata walaupun sibuk dengan persiapan PRU-15, beliau tetap menggesa kerajaan, jabatan dan agensi berkaitan melaksanakan cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diberikan pakar.

“Saya menekankan kerisauan bahawa proses pemulihan negara kita masih lambat, tiada ‘sense of urgency’, seperti saya perkatakan dalam ucapan saya sebentar tadi, baik dalam kategori M40 atau B40, mengikut data saya kemukakan tadi amat besar peratusan dalam kategori B60 dari B40.

“Sesiapa sahaja yang mentadbir negara, itu ialah keutamaan utama. Kalau tak ambil langkah cepat, bila dah rentan, kualiti dan taraf hidup akan merosot dengan cepat, kesan kepada sosial akan lebih nyata,”

“Walaupun kita sibuk urusan politik, tapi soal negara jangan lupa, jangan lupa rakyat di bawah,” kata Pengerusi MPN itu lagi.

Beliau berkata, kerajaan disarankan mengambil cadangan MPN dengan lebih serius dan sekiranya bersesuaian, laksana pada kadar segera.

“Jumlah besar (cadangan) tidak dilaksanakan, macam saya Perdana Menteri dahulu, keputusan yang dibuat terus dilaksanakan, saya ambil perkara ini sebagai keutamaan pemulihan semua sektor. Cepat jangan lambat, bila arahan keluar mesti buat dalam seminggu, jangan tunggu berbulan.

“Kita dah buat cadangan tu tapi sebahagian besar tak dilaksana, kat ‘bawah’ tu dah tercungap-cungap dah nak banjir takde siapa tolong,” katanya.

Ditanya mengenai pimpinannya yang kelihatan lebih ‘cool’ dan tenang dalam ‘ribut’ PRU-15, Muhyiddin berpendapat seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui dan mendalami isu rakyat

“Saya tak boleh nak ajar pemimpin lain, mereka pandai juga tetapi dalam situasi luar biasa, kena ‘multi-tasking’, menjaga ekonomi, Covid-19, politik. Tentukan keutamaan, saya tahu orang susah takkan hari-hari saya nak berpolitik,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
13 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok