PN lancar manifesto esok, tawaran menyeluruh untuk rakyat

November 5, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) bakal melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok (6 November 2022).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tawaran yang digariskan dalam manifesto itu meliputi pelbagai aspek termasuk ekonomi dan sosial.

“Saya akan perincikan esok mengambil kira semua perkara yang saya fikir penting untuk kita laksanakan. Saya nak nyatakan, kita tidak hanya berjanji dan akan laksanakan sepenuhnya apa yang dijanjikan dalam manifesto kita.

“Antara perkara yang akan kita tekankan ialah berkaitan dengan soal ekonomi, sosial, pendidikan, alam sekitar, belia, wanita dan beberapa perkara lain. Saya harap ini mendapat tarikan pengundi seluruh negara,” katanya kepada pemberita usai proses penamaan calon PRU-15 di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, Pagoh, hari ini.

Beliau yang tiba awal ke pusat penamaan calon itu ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sedondon berbusana biru berharap agar pengundi pertama kali turun menjalankan tanggungjawab mereka pada 19 November ini.

“Tapi apa pun penting jentera PN seluruh negara akan bekerja keras memastikan pengundi yang layak mengundi untuk keluar beramai-ramai. Bagi saya satu tanggungjawab yang amat penting dalam PRU-15.

“Walau apa situasi sekalipun kita harap jumlah peratusan yang akan keluar mengundi adalah tinggi, menunjukkan kita menggunakan hak kita untuk keluar beramai-ramai mengundi terutama mereka yang buat pertama kali didaftarkan secara automatik dalam sistem pilihan raya iaitu umur 18 tahun ke atas yang sudah boleh mengundi.

“Jadi harapan kita supaya mereka diberi pertimbangan yang bijaksana untuk memilih parti yang mereka anggap boleh bertanggungjawab, memikul amanah dan memahami masalah rakyat.

“Itu yang kami dalam PN janjikan kerana kita tahu dan saya amat sedar keadaan sekarang masih belum pulih sepenuhnya. Jadi wajarlah pengundi-pengundi memberi sokongan dan memilih calon-calon PN yang bertanding di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri turut berharap dapat terus mempertahankan kerusi yang disandangnya sudah hampir 40 tahun lalu itu.

“Hari ini saya telah menyerahkan borang penamaan calon dan diisytiharkan saya akan bertanding sebagai calon PN untuk kawasan Parlimen Pagoh. Nombor bilangan saya adalah dua (2).

“Nampaknya ada persaingan dengan parti-parti yang lain tapi saya berdoa ke hadrat ALLAH, berkat usaha yang kita telah lakukan dan Pagoh ini yang sudah sinonim dengan saya hampir 40 tahun, mudah-mudahan 19 November saya akan diberikan sokongan yang besar untuk dipilih sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.

Proses penamaan calon bagi PRU-15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini dan aktiviti kempen PRU-15 bermula secara rasmi selama 14 hari sehingga 11.59 malam, 18 November nanti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
17 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok