PN Johor desak segerakan bantuan kewangan untuk pelajar IPT tercicir

September 25, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Johor menggesa kerajaan mencari jalan menangani kes pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa meninggalkan kampus kerana kekangan kewangan, sekali gus tidak mampu membiayai yuran pengajian serta perbelanjaan harian mereka.

Timbalan Pengerusi PN Negeri Mohd Solihan Badri menyifatkan bantuan kewangan mahupun material kepada pelajar terlibat dapat menyelamatkan masa depan dan potensi mereka daripada tercicir atau sia-sia.

Menurutnya membiarkan isu ini berlarutan bakal merugikan negara dari aspek ketirisan bakat dan sumber manusia bahkan kepakaran sekiranya mereka gagal menamatkan pengajian seterusnya masuk ke alam pekerjaan.

“PN yakin jumlah sebenar pelajar tercicir mungkin lebih ramai berbanding laporan 30,000 pelajar di universiti awam yang gagal menamatkan pengajian ketika pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021 seperti diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Julai lalu.

“Secara amnya, pelajar yang terlibat bukan sahaja dari universiti awam bahkan universiti dan pelbagai IPT swasta termasuk kolej universiti, kolej, pusat kemahiran teknikal serta institut latihan vokasional.

“Mereka bukan sahaja gagal melunaskan yuran pengajian malah tidak mampu membayar deposit rumah sewa, tiada wang membeli makanan serta gagal membayar sewa bulanan dan kos pengangkutan,” katanya dalam kenyataan hari itu.

Mohd Solihan berkata pelajar tersebut dibebani pelbagai kos sara hidup yang tinggi khususnya bagi kampus di Lembah Klang.

Justeru, katanya PN Johor mendesak KPT memberi perhatian khusus isu ini kerana tindakan kementerian itu dan universiti kalau setakat membuat kajian bagi mengenal pasti puncanya adalah tidak makna atau akan menyelesaikan masalah tersebut kecuali jika ada tindakan proaktif.

“PN Johor juga khuatir ramai pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal menyambung pengajian ke IPT kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran manakala biasiswa pula lewat diluluskan.

“Kita juga tidak dapat membayangkan bagaimana kecewanya ibu bapa serta nasib dan masa depan pelajar tercicir tersebut termasuk mereka yang berada pada tahun akhir pengajian,” katanya lagi.

Dalam isu pelajar IPT keciciran terpaksa meninggalkan kampus ataupun digantung pengajian ini, PN bukan berniat mahu memanipulasi atau
mengeksploitasi keadaan tetapi ia akan diberi keutamaan untuk diselesaikan jika diberi mandat menerajui kerajaan sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti, katanya.

Selain itu, Mohd Solihan berkata KPT disaran berunding dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mencari kaedah pembiayaan segera atau mengambil tanggungjawab membantu kewangan pelajar terlibat memandangkan prestasi institusi itu mengutip bayaran balik kebelakangan ini adalah tinggi.

Menurutnya ketika dipengerusikan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ini, PTPTN merekodkan prestasi kutipan bayaran balik yang amat memberangsangkan dan sebahagian dana itu boleh disalurkan kepada pelajar yang memerlukan yang ratarata adalah Melayu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
21 jam lalu· Rencana
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Lagu tema PH ‘penyamun’ tidak dimainkan semasa ceramah PH-UMNO di Padang Serai dan Tioman?
December 1, 2022· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu · Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok