PN janji ikut teladan Nabi tadbir negara jika menang: Muhyiddin

October 9, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) berjanji akan mentadbir negara mengikut teladan yang ditunjukkan Rasulullah SAW, tanpa menyalahgunakan kuasa atau merompak wang rakyat, sekiranya diberi peluang mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Jaminan itu diberikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Program Mini Karnival Pemulihan Negara dan Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Tanjung Malim, Perak, hari ini (9 Oktober 2022).

“PRU akan sampai tidak lama lagi, itu (janji) akan kita tunaikan,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyeru pemilih untuk mengundi calon-calon yang ditawarkan PN apabila tiba hari mengundi kelak.

“Pilihlah PN supaya kita dapat mentadbir negara dengan amanah, jangan tipu, jangan rompak duit, jangan rasuah dan jangan salah guna kuasa,” katanya.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata sambutan Maulidur Rasul mengingatkan masyarakat serta dirinya untuk kembali kepada soal asal bimbingan yang ditunjukkan baginda Rasulullah SAW.

“Sebagai bapa dan pemimpin dalam masyarakat, ini satu amanah dan tanggungjawab yang perlu saya gunakan untuk memperingatkan diri saya untuk masyarakat pentingnya kita kembali kepada soal asal bimbingan yang telah ditunjukkan contoh teladan terbaik oleh Nabi Muhammad.

“Kalau sampai kepada peringkat akhlak yang rosak, nilai hidup tidak bermakna, semua tiada pertimbangan, yang haram dihalalkan, dan perbuatan-perbuatan yang dilakukan itu tiada rasa malu,” katanya.

Hadir sama Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin; Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi, dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Rosli Abdul Rahman.

Sementara itu, Muhyiddin berkata PN akan bertanding di semua 24 kawasan Parlimen di Perak pada PRU-15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Beliau menegaskan sebanyak mana kawasan Parlimen, sebanyak itu juga parti itu akan bertanding.

“Parlimen (di Perak) kita ada 24 kawasan, kita akan bertanding di 24 kawasan. Sebanyak mana kawasan Parlimen, sebanyak itu juga kita akan bertanding,” katanya pada sidang media selepas majlis itu.

Menurutnya keputusan pembahagian kerusi akan diputuskan tidak lama lagi antara parti-parti komponen di dalam PN.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat kawasan tertentu yang tidak perlu bertanding, ia akan diputuskan kemudian.

“Pasal nanti kita akan putuskan pembahagian kerusi antara parti-parti… kalau ikut kiraan kasar memang ada 24 (Parlimen). Sama ada ada kawasan tertentu yang kita fikir tidak bertanding kita akan putuskan kemudian,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok