PN intai peluang 14 kerusi Parlimen dan 42 DUN di Pahang: Saifuddin

November 28, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) berhasrat untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebagai persediaan, beliau berkata perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara parti dalam PN iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan sudah diadakan di peringkat awal dengan setiap parti menghantar dua wakil dalam ‘perbincangan yang berlangsung dalam suasana adik-beradik’.

“Ketiga-tiga parti bersetuju bahawa harus ada perbincangan awal dan kumpulan yang kecil ini akan berbincang terlebih dahulu dari hati ke hati untuk melihat apakah formula pengagihan kerusi yang akan ditandingi pada PRU15?.

“Buat masa ini, rangka kasar seperti lebih kurang jumlah kerusi yang ingin ditandingi parti terlibat sudah nampak namun setiap parti juga perlu merujuk kepada jawatankuasa parti masing-masing sebelum ia boleh dimuktamadkan,” katanya lapor Bernama.

Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Tahunan Bersatu Peringkat Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota di sini hari ini.

Ditanya mengenai hubungan antara Bersatu dan PAS Pahang ekoran hubungan erat parti itu dengan UMNO Pahang sehingga tertubuhnya Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Saifuddin berkata hubungan mereka (Bersatu dan PAS) adalah akrab.

Sebagai persediaan menghadapi PRU15 juga, Saifuddin yang juga Menteri Luar berkata keutamaan Bersatu Pahang pada masa ini adalah untuk menyahut seruan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan lebih banyak cawangan dan menambah keanggotaan bagi menyiapkan jentera parti.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok