PN harap Ismail Sabri teruskan dasar lawan Covid-19, pulihkan negara

August 21, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) yakin pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu mampu menghentikan kemelut politik dan menyatukan semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat.

Pada masa sama, PN turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai pemerintahan dengan amanah, cekal dan istiqamah.

“Semua program bantuan rakyat, pakej rasangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan Covid-19 yang diluluskan oleh YB Tan Muhyiddin Yassin merupakan bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara,” kata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata PN menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Parti Perikatan Nasional percaya bahawa pelantikan beliau dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini dan menyatupadukan semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat terutamanya dalam pembentukan sebuah kerajaan yang stabil,” katanya.

Sehubungan itu, katanya semua Ahli Parlimen PN dari BERSATU, PAS dan STAR berdiri teguh bersama Perdana Menteri yang baharu dan yakin bahawa pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan PN terutama memulihkan negara daripada impak Covid-19 dengan segara.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN, turut hadir.

Berita berkaitan
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
August 13, 2022· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
4 jam lalu · Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
4 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
4 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
10 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok