PN hampir selesai bahagi kerusi

October 10, 2022 · Politik

Pembahagian kerusi antara parti serta pelantikan jawatankuasa perunding daripada parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) dijangka selesai tidak lama lagi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perkara itu antara yang penting disegerakan supaya persiapan dapat dibuat awal di samping semua pihak mengetahui tempat dan kerusi yang akan ditandingi.

“Saya diberi taklimat mengenai persiapan PN di peringkat negeri dan saya rasa gembira serta berpuas hati apabila diberitahu PN Perak sudah memulakan gerak kerja lebih awal bagi menghadapi PRU-15.

“Ini bermakna tahap kesiapsiagaan di negeri ini sudah hampir mencapai 100 peratus.

“Dari segi struktur jentera parti, kita bersetuju untuk menggunakan PN dalam hal-hal penyelarasan antara parti bertujuan untuk mengelakkan pembaziran sumber yang ada dan terhad,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, turut dibincangkan adalah mengenai manifesto di peringkat nasional selain membuka ruang sekiranya pemimpin di peringkat negeri mahu menyediakan manifesto tambahan sebagai tawaran untuk negeri masing-masing.

“Saya juga dimaklumkan gerak kerja termasuk Jelajah Prihatin sudah bergerak ke kawasan-kawasan tumpuan yang akan diberi lebih perhatian.

“Saya berharap segala perancangan gerak kerja yang sudah berjalan ini dapat diperhebatkan lagi menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya. – BeritaBersatu

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok