PN dijangka selesai agihan kerusi minggu depan: Samsuri

October 15, 2022 · Politik

Agihan kerusi di kalangan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka selesai pada minggu depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Naib Presiden PAS itu berkata pengagihan kerusi akan dimuktamadkan sebelum Jumaat minggu hadapan selepas Majlis Tertinggi PN mengadakan mesyuaratnya dan fokus akan tertumpu kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis dan Pahang serta kerusi Parlimen seluruh negara.

“Sebelum Jumaat akan selesai perbincangan kerusi. (Mesyuarat) fokus pada kerusi DUN dan Parlimen,” katanya dipetik laporan media.

Samsuri yang juga Pengerusi PN Terengganu itu berkata mesyuarat tersebut juga akan memperincikan soal pemilihan calon yang bakal diketengahkan gabungan politik itu pada PRU-15 dan menurutnya PAS sudah mempunyai senarai calon berpotensi, namun masih memerlukan penelitian bagi memastikan calon terpilih adalah layak dan boleh menang.

“Senarai calon itu ada…akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti. Semua sekali kami bincangkan. Kami akan selesaikan cepat kerana sedar pengundi 20 tahun dahulu dengan sekarang berbeza. Dahulu orang tengok (undi) atas parti, tetapi sekarang orang tengok calon,” kata Menteri Besar Terengganu itu.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai akhir calon yang akan bertanding akan diputuskan kepimpinan peringkat pusat selari dengan pembahagian kerusi komponen dalam PN kelak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok