PN buat saringan awal calon PRN

May 31, 2023 · Politik

Kesemua calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dinamakan akar umbi akan menjalani saringan awal.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata antara aspek yang disaring termasuklah kesihatan, integriti dan rekod bersih calon tersebut.

“Selepas proses rundingan kerusi dimuktamadkan dan saringan calon selesai, kita akan terus berkempen di enam negeri,” katanya, lapor BH, hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata PN dijangka mencipta beberapa kejutan di beberapa kerusi terutama kawasan ramai pengundi Melayu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, jangkaan tersebut berdasarkan sikap pengundi di enam negeri yang dibuat lebih lima bulan.

“Kita jangka lebih banyak kerusi di tiga negeri yang kini dikuasai PN bakal diperoleh,” katanya.

Meskipun Pusat Merdeka Centre menjangkakan keputusan PRN kali ini tiada kejutan di mana pentadbiran sedia ada kekal mentadbir negeri masing-masing namun beliau berkata pihaknya yakin dan akan terus bekerja keras.

Beliau mendakwa hasil penyelidikan dan tinjauan sikap pengundi, PN akan kekal lebih selesa di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala lebih banyak kerusi dimenangi di negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kami berkeyakinan penuh dan akan terus bekerja keras memastikan PRN kali ini berpihak kepada PN di enam negeri ini,” katanya.

Kesemua negeri terbabit PRN dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jun bagi memberi laluan kepada kepada pilihan raya tersebut.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok